>

Monday, January 24, 2011

siapa tahu..

"Di suatu hari,
Ayah berkata,
Jaga adikmu,
Ayah kan pergi jauh..."

terngiang2 pula lagu Di Pondok Kecil.. rindu barangkali... entry kali ni sebenarnya bukan tentang ayah pun. saja-saja mahu berkongsi rasa.

beberapa hari lepas, aku tanya mok su ku "kenapa tak pakai tali keledar?". dia kata, "sebab tak mahu jadi macam mak cik". oh, tulang bahu mak cik ku patah sewaktu accident tempoh hari kerana hentakan tali keledar.

ya, mungkin anda pun akan rasa seperti mahu buang saja tali keledar di kereta anda. teruk bukan kesannya? tapi anda tahu apa yang bakal terjadi jika dia tidak memakai tali keledar? terpelanting. kepala terhantuk. tengkorak pecah. pendarahan otak. mati. ya, mati.

aku tahu, manusia cuma akan nampak apa yang terlihat. dan malas berfikir apa sebaliknya. aku juga selalu begitu. pernah sekali aku ditertawa kerana berbaju labuh di trek. bayangkan sahaja apa yang ada di trek. wanita berseluar pendek, ketat, dan lelaki terliur. aku? hahh. siapa pun tak tertarik.

oh kamon. takkan lah korang tertarik dengan gugusan lemak wanita2 itu. haha. cuba bayangkan kalau anda berpakaian ketat di trek. saat itu, anda sedang berlari. ya, tiba-tiba anda sesak nafas. baju ketat. oksigen tidak dapat disedut hingga tahap maksima. petugas kesihatan datang. baju unda terlalu ketat untuk memudahkan pernafasan anda. akhirnya mati. haha. mahu?

Friday, January 21, 2011

kankan oh kankan

buat sesiapa yang tak tahu, kankan tu ikan belaan aku. yg mana? entah. semua ikan aku panggil kankan. haha. aku rasa diorang pun konpius bila aku panggil kankan. lantaklah. haha

diorang kawin dua hari lepas. aku lah wali, akulah kadi. keh3. saksinya adik2 aku. gempak x? mmg tertutup habis. kalah artis. hehehh..

pengantin perempuan :)

pengantin lelaki

majlis

proses kejar mengejar. *hehh*

ehem3... encik bolat buat apa tuuu?

dah xde anak sendiri.. tunggu anak ikan jelah.. (err,, anak ikan? lain mcm pulak bunyi nya.. hehh)

Tuesday, January 18, 2011

buat kamu.

post kali ini aku tujukan buat Abang Amirrudin. mohon doa sahabat-sahabat buat bondanya yang menghidap kanser. semalam bondanya mula menjalani radioterapi dan kimoterapi. doakan agar setiap ikhtiar mereka berjaya.

aku terpaku membaca permintaan Abang Amir di hari jadinya. katanya, dia memohon pada Tuhan agar kembalikan ibunya seperti dahulu. ibunya yang tanpa kanser. itu sahaja yang dia mahu.

aku dahulu pun pernah berdoa sedemikian. sewaktu ibu, kakak, dan adik-adikku terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. sedih. memang sedih. kerasa sedihlah aku berdoa demikian. aku masih ingat setiap bait doa aku sehari-harian.

"aku mohon kepadaMu Tuhanku yang satu. kembalikanlah keluargaku seperti asal Ya Allah. melihat ummi, kakak, dan adik-adik begini bukan sesuatu yang menggembirakan. aku tahu diri ini penuh dosa, jika bukan kerana aku pun, Kau makbulkanlah doa ini kerana mereka. terimalah permintaan terakhir ini"

waktu itu, akal yang di atas normal takkan mampu berfikir logik lagi. memang aku pohon agar semuanya kembali seperti dahulu. setiap hari aku bangun dari tidur pun aku mengharapkan semua ini cuma mimpi. tapi percayalah, dalam setiap hal yang berlaku pasti ada hikmahnya. anda takkan percaya bahawa hidupku kini lebih baik dari dahulu. percayalah.

dan percayalah juga bahawa bukan ini SAHAJA yang anda inginkan. bukan ini permintaan terakhir. dalam setiap detik kehidupan, anda hanya bergantung kepadaNya. hanya dia yang Maha Memahami segala isi hati, dan Maha Mengerti segala tekanan dalam perasaan.

buat Abang Amir, anda takkan pernah menyesal mengharap padanya. sentiasa tabah dalam ujian. ingat pesanan abg kaloi, bersyukurlah kita diuji dengan kesusahan. kalau kita diuji dengan kesenangan, entah dimana kita sekarang.

Saturday, January 15, 2011

berubahkah aku?

sebagai manusia, aku tahu kita sering melakukan kesalahan. tapi, mampukah kesalahan yang berulang kali itu melahirkan perubahan? insyaAllah.

aku akui, tiap kali merasa berdosa, aku insaf. tapi tak lama. seminggu pun dah dikira lama. lepas tu, bila diri ditimpa ujian, barulah terfikir apa dosa aku. ahhh, sudahlah! tak cukup ke hidup dalam kelalaian 19 tahun ni? bila baru nak betul2 insaf? aku agak, muka aku pun bakal berbelang2 akhirat nanti. ingat lah, hidup di dunia ni adalah untuk persediaan di akhirat. kalau di dunia pun dah penuh kengan keingkaran, macam mana akhirat nanti? teringin sangat nak tempah neraka?


ya Allah, tetapkanlah imanku....

Monday, January 3, 2011

kisah belakang rumah orang

jangan tanya siapa yang menggoda hingga menyebabkan semua ini berlaku. tentu lah salah perempuan itu. perempuan penggoda jiwa.

hingga terpedaya untuk mencari si pasar malam. bukan mudah untuk mendapat sebuah nikmat. tapi jangan risau, kerana lorong-lorong sunyi dan sepi masih setia menemani. saat itu, semuanya bakal menjadi kabur walaupun mata setajam pisau.

jangan pula nanti kecewa pabila semua bagai hilang sekelip mata. jangan hati gundah gulana tika akal direntap sedih. risau nanti ada salam tidak bersahutan. hanya derapan kaki kuat kedengaran.

KISAH SEBENAR:
jiah kata ada pasar malam kat SS. jadi aku, ulfa dan jah gigih berjalan di belakang- belakang rumah orang. ishk. bumper pun tak nampak. sampai nak terjatuh. punyalah excited.

sampai-sampai je, kosong. takde pun pasar malam. dahlah ada lelaki misteri bagi salam. makin lama dia makin dekat. terus semua orang yang berlagak berani lari. haha.

sadid sigaraga