>

Monday, January 24, 2011

siapa tahu..

"Di suatu hari,
Ayah berkata,
Jaga adikmu,
Ayah kan pergi jauh..."

terngiang2 pula lagu Di Pondok Kecil.. rindu barangkali... entry kali ni sebenarnya bukan tentang ayah pun. saja-saja mahu berkongsi rasa.

beberapa hari lepas, aku tanya mok su ku "kenapa tak pakai tali keledar?". dia kata, "sebab tak mahu jadi macam mak cik". oh, tulang bahu mak cik ku patah sewaktu accident tempoh hari kerana hentakan tali keledar.

ya, mungkin anda pun akan rasa seperti mahu buang saja tali keledar di kereta anda. teruk bukan kesannya? tapi anda tahu apa yang bakal terjadi jika dia tidak memakai tali keledar? terpelanting. kepala terhantuk. tengkorak pecah. pendarahan otak. mati. ya, mati.

aku tahu, manusia cuma akan nampak apa yang terlihat. dan malas berfikir apa sebaliknya. aku juga selalu begitu. pernah sekali aku ditertawa kerana berbaju labuh di trek. bayangkan sahaja apa yang ada di trek. wanita berseluar pendek, ketat, dan lelaki terliur. aku? hahh. siapa pun tak tertarik.

oh kamon. takkan lah korang tertarik dengan gugusan lemak wanita2 itu. haha. cuba bayangkan kalau anda berpakaian ketat di trek. saat itu, anda sedang berlari. ya, tiba-tiba anda sesak nafas. baju ketat. oksigen tidak dapat disedut hingga tahap maksima. petugas kesihatan datang. baju unda terlalu ketat untuk memudahkan pernafasan anda. akhirnya mati. haha. mahu?

7 comments:

Bijen M. said...

Di pondok kecil.
Di pantai ombak.
Berbuih putih.
Beralun-alun.

Kalau pakai baju ketat, MA datang gunting bajulah.
Yeah yeah!

~PENCHENTA~ said...

itu yang kita mahu. haha.

Menusuk Hati said...

Kolot betulah org yg ketawa tu..(oh...cover lemak...hihahu)

~PENCHENTA~ said...

ahahahh.. biasalah, dunia.. yg sedih, dia tu member.. ishkk..

Bijen M. said...

Astaga.
Tak senonoh.
Habislah aurat beliau terdedah.
>_<

Anonymous said...

xpe ukhti, dia ketawakan ukhti kat dunia ni..harap2 kt akhirat dia sedia maklum kalo dia xbertaubat..

~PENCHENTA~ said...

Allah, jangan begitu. ayuh sentiasa doakan mpga2 dia temui jalan kebenaran ya. :)

sedih pula rasanya kalau kami bersahabat, tapi tak dapat bantu dia di akhirat. Allah, saya pun tak berani nak cakap saya ni kat mana nanti. Tapi, kita cubalah sebaik mungkin. InsyaAllah. ;)

sadid sigaraga