>

Sunday, November 6, 2011

Mali Kongsi.

*Ting*

Satu mesej baru diterima.

"Salam. Awak sihat? Tengah buat apa tu?"

Bibah senyum. Mesej dari Habib. Satu tu pun boleh membuat hati Bibah berbunga.

"Wassalam. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Baru habis mengaji. Duduk- duduk tunggu Isya'"

"Alhamdulillah. Untunglah siapa dapat makwe ni. Heheh."

"Mengada. Hee"

Keadaan itu diteruskan. Hingga hati Bibah dan Habib masing-masing terputik cinta BUKAN MAHRAMNYA.

Betapa manusia zaman kini tertipu dengan teknologi.

"Ai tak berdua-duaan. Mesej je punn..."

"We all sembang pasal hafalan masing-masing. Dan diskusi masa depan anak- anak saja...."

"Dia bakal suami. Takkan tak boleh. Bukannya COUPLE pun..."

Cuma jawab soalan ini.
Saat anda berborak begitu, timbul atau tidak bayangan dia?
Saat anda berborak begitu, sudahkah dia halal untuk anda?
Saat anda berborak begitu, ada atau tidak makhluk ketiga? Check dulu makhluk tu manusia ke Encik Syai.

Dalam satu dimensi pula, aku sedar bahawa fasa menuju perkahwinan tu tak mudah. Saat tu, anda mahu kenali dia, tapi dalam pada masa yang sama, ada batasan bahawa dia tetap haram untuk menghuni hati.

Dan FITNAH TU BANYAK CABANGNYA.

Post untuk diri sendiri, dan untuk dikongsi, insyaAllah.

16 comments:

Ulfa Hisham. said...

ehem. lama tak dengar khabar cik bibah. ;)

~PENCHENTA~ said...

Cik Bibah ajak dating, jom! Hik3.

s a r said...

penchentaqu


ehem ehem ehem... :D

Syuhada said...

agree! like sejuta kali! :D

tapi tu lah. orang sekarang ni, amek mudah jek. siap ade yg cakap couple tu harus. tersedak gua baca.

isk. btw, gua nak share kat pesbuk buleh? thanx!

~PENCHENTA~ said...

Kak SAR, Ehek ehek ehek. Apetuuu? Haha. :P

Syuhadaadros, Harus mana datang? Wajib adalah. Bagi yang dah kahwin. Hak3. Ada muntah hijau takk? Keh3. Silalah, saya pun banyak kekurangan juga. Berkongsi untuk perbaiki diri, insyaAllah. ;D

fuad ansari said...

(",)

bibah belum kawin rupanya... ingatkan dah kawin..

patutla bawak kete mengalahkan pelumba F1... (",)

p/s: mungkin lebih mudah kalau Habib anta msg, "Bibah, jom kawin.." (",)

~PENCHENTA~ said...

Hahah. A ah lah En Fuad. Seronoknya kalau ada orang ajak kawin. Hahah. *Tetiba je*

Norsha said...

sungguh benar, bukan mudah utk punya
hati yg suci tk tercemar....

~PENCHENTA~ said...

Kak, doakan saya kak. Jazakillaha khair. Sangat harapkan doa kalian. :')

Cik Beah said...

tepat ke hati.

syukran ya ukhti! :)

salam eidul adha!

~PENCHENTA~ said...

A'fwan. Salam eidul adha juga! ;)

Afida Anuar said...

Kalau anta rombongan meminang terus nak kawin kan senang? iyer dak? aduiii minta2 Allah pelihara semuanya

~PENCHENTA~ said...

Wiwit kak Afida. Dah matang nampak. Ada dah keeeee...? Heheh. :P

Mindaberbisa said...

Fitnah akhir zaman, fitnah wanita membawa kepada fitnah-fitnah yang seterusnya.

~PENCHENTA~ said...

Wanita adalah sebesar2 fitnah. :(

Mindaberbisa said...

Sebesar-besar fitnah dari dajjal laknatullah...Semoga kita menjadi manusia yang sabar apabila lapar menunggu kematian.

sadid sigaraga