>

Tuesday, January 31, 2012

Wanita Pemintal

Bersumberkan buku "Imam Hanbali Penegak Kebenaran. Abdul Latip Talib. Terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd."

Wanita ini menceritakan kisahnya kepada Imam Hanbali.

"Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini. Semoga dirimu dan diriku mendapat keampunan Allah," kemudian dia terdiam.

"Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak mempunyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak mempunyai lampu untuk menerangi rumah," sambungnya.

"Bagi menyara hidup kami anak beranak, saya bekerja sebagai pemintal benang. Saya akan memintal pada waktu malam dan akan menjualnya pada siang hari,"sambungnya lagi.

"Di manakah suami kamu?" tanya Imam Hanbali.

"Di antara mereka yang menentang Khalifah Al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu, hidup kami melarat," jawab wanita itu.

"Teruskan cerita kamu," pinta Imam Hanbali.

"Disebabkan rumah kami tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang," kata wanita itu. Kemudian dia menyambung ceritanya.

"Pada suatu malam, kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Saya mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Pertanyaan saya ialah, apakah wang hasil jualan benang yang saya pintal daripada cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?"

Imam Hanbali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya," Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat umat Islam lali dan kikir terhadap harta mereka?"

" Saya adalah adik perempuan kepada Basyar Al-Hafis yang meninggal dunia," jawab wanita itu dengan kerendahan hatinya.

Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa  sebak lalu menangis tersedu-sedu. Ini disebabkan beliau memang mengenali Basyar Al-Hafis itu, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hanbali pun berkata,

" Sesungguhnya saya sangat takut pada azab Allah. Kerana itu, berilah saya masa bagi menjawab pertanyaan kamu itu. Baliklah ke rumah kamu dahulu dan esok kamu datang ke sini lagi,"

Imam Hanbali memang tidak mahu terburu-buru memberikan jawapan. Tambahan pula sekiranya menyentuh hukum halal dan haram. Pada malam itu, beliau berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Keesokan harinya, wanita muda itu datang lagi bagi mendengar jawapan daripada Imam Hanbali.

"Wahai wanita yang solehah. Sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu lebih mulia daripada serban yang aku pakai. Kami ini tidak layak untuk disamakan dengan orang tua yang telah mendahului kita.  Sesungguhnya kamu seorang perempuan yang berhati luhur, bertakwa dan penuh rasa takut kepada Allah,"

"Wahai tuan Imam Hanbali. Bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?" tanya perempuan muda itu.

" Berkenaan pertanyaan kamu itu, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang daripada hasil jualan benang itu," jawab Imam Hanbali.

Wanita ini berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang itu. Beliau sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapat keizinan. Berita tentang wanita solehah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakkil. Beliau sungguh kagum dengan wanita tersebut lalu menberinya wang sebanyak 10 ribu dinar.

Perempuan muda itu menemui Imam Hanbali sekali lagi lalu bertanya tentang wang hadiah khalifah.

" Adakah wang itu halal baginya?"

" Khalifah juga pernah memberika saya wang sebanyak itu. Tetapi saya sedekahkan kepada fakir dan orang miskin yang saya temui di jalan," jawab Imam Hanbali.

Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir dan orang miskin. Dia cuma mengambil sedikit untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.

*****

Kadang-kadang, banyak benda yang kita tak ambil peduli dalam hidup ni. Soal halal dan haramnya, terutama. Kita tak setegas Khalifah Umar dalam pemerintahannya yang sanggup menutup lampu apabila mahu berbincang dengan si anak, kerana wang itu wang kerajaan katanya. Ya Allah.

Entah berapa banyak antara kita yang online dengan menggunakan jaringan kampus, tetapi sekadar berfacebook, berblogging, atau mencari jodoh semata?

Pernah tak terfikir bahawa semua itu halal atau tidak bagi kita. Yang lebih rumit lagi adalah bagi mereka yang bekerja mencari nafkah untuk hidup. Sedangkan dalam pekerjaannya yang berbayar itu terselit waktu tidur, waktu mengumpat dan sebagainya.

Pernah? Pernah?

Sedangkan wanita pemintal ini, soal cahaya pun masih dirisaukan. Yang kita ni, pergi tumpang lampu orang sebelah duk baca buku, duk minum kopi ingat free? Oh. 

15 comments:

s a r said...

assalamualaikum PENCHENTAqu.

baucer buku diberi untuk dibelikan buku dan kegunaan dalam pembelajaran. bukan dibeli novel dan sebagainya.

pc office dan kertas a4 yang diguna untuk print surat perjanjian ptptn di pejabat juga sudah disalah guna.


bende2 macam ni selalu kita tak nampak dan selalu juga diambil mudah kan. :)

As said...

Ramai leka dan salah guna.
Ni antara benda yang akak sangat takut.

Dan bagaimana pula dengan rezeki syubhah.
Yang ni pun ramai wat tatau. -_-

Norsha said...

Allahukbar....tingginya tahap ketaqwaan dia, jauh bezanya dgn kita

abuyusof said...

sebaiknya setiap kali sebelum tidur kita halalkan apa-apa yang orang lain ter.. ter.. ter.. dari hak milik kita..

semuga Allah yang Maha Pengampun membuka hati orang lain berbuat yang demikian juga.. apa yang kita ter.. ter.. ter.. dari hak milik mereka..

Bijen M. said...

Alhamdulillah internet opis gua dah kena block sejak satu hari tu gua berdhuha minta keberkatan rezeki.
Kini gua rasa lebih tenang dan nyaman.
Malah rezeki gua mencurah-curah.
Nak siket?
:)

~PENCHENTA~ said...

KakSARku~, ;) Waalaikum salam warahmatullah. Hee. Alamak. Beli alat tulis takpe tak? Haha. Den haritu ada pulak beli buku 'Aishah Ummul Mukminin dan Sirah Rasulullah guna baucar. Buku pelajaran jugak tak kira? Pelajaran sepanjang hayat punya tu. Erk. Tak ke? Alamak. Alamak.

KakAs, hehe. Sebab tu mungkin tya sangat selesa buat bisnes sendiri. Pusing2 pun, tak campur duit orang, insyaAllah. Tapi kalau ada company, kena betul2 bahagi. Sebab each duit dalam tu adalah pelaburan shareholders. ;)

KakNorsha, Kan? Saya pun touched sangat baca cerita ni. Ya Allah. Takutnya nak banding dengan diri sendiri. :'(

AbuYusof, Ohh. A ah, betul. Tapi, nak tanya sat. Kalau kita tak kisah, maksudnya kita halalkan ke? Erk. Banyak tanya betul ini orang. >.<

BijenM, Ada lebih pass kat orang lebih memerlukan nun. Tapi orang dulu, tak perlu cari jejauh peminta sedekah. Dia bagi je kat sape2. Sebab mungkin pada seseorang tu ada keperluan yang kurang, yang kita tak nampak. Jadi, rajin memberi jelah. ;)

Anonymous said...

=)

Kdg2 akak terfikir, oleh sebab kita byar fee school yg agak mahal, adakah brmksud kite leh guna facilities sekolah ikut suka kita?

*Akak tak pasti ptptn works macam mana.Dia bayarkan fee sekolah ke apa.

Mindaberbisa said...

Sesi tanya menanya di dalam kubur. Sedikitpun tidak akan tertinggal. Kuasa ALLAH.

abu yuof said...

yup!

~PENCHENTA~ said...

Ainon, hehe. PTPTN sebab dia kata 'wang saku'. Jadi duit tu akan jadi fungsi macam wang saku lah. Kalau 'duit buku' jadi untuk buku. ;)

PencariAllah, yes. yes. ;) Dah ready ke? Uhh. :|

AbuYusof, :D Mekaseh! Jazakallah. ;)

s a r said...

terpulanglah dear. akak tak tahu la tu. sebab buku2 tu pun sangat berguna kan. mujur juga akak tak layak terima baucer buku. ahaha. kalau tak, melalut juga :D

fuad ansari said...

Allah.. jauh sungguh kita dengan mereka..

sifat berhati2 mereka sgt tinggi ketika kita hanya bersangka baik terhadap halal haram sesuatu perkara..

~PENCHENTA~ said...

KakSARku, Hehe. Kan? Tapi bila kerajaan buat book fair 1Malaysia khas untuk baucar ni, maksudnya baucar ni boleh lah nak guna buat mana2 buku pun. Sebab situ pun ada banyak2 buku. ;)

EncikFuad, Uhh. Kan? Seram betul nak membandingkan diri. :'(

Mindaberbisa said...

hehe belum lagi baru pra-pemulihan :)

~PENCHENTA~ said...

Heheh. Kena banyak muhasabah. :D

sadid sigaraga