>

Thursday, February 2, 2012

Anak

Okay. Teka ada apa dalam ni?



Jeng jereng!

Baby Renab! 

Cik Renab dah bersalin haritu. Ni dah dekat 2 minggu dah. Telinga je tak panjang-panjang. Kena piat selalu kut. Haha. 7 ekor semua. Suka peluk-peluk. Grr.

Sesi penyusuan.

Ada sekor yang agak terpinggir. Dia lahir dulu. Tapi dia jenis mengalah. Tak mahu berebut susu dengan adik-adik yang lain. Akhirnya dia saja yang kurang membesar. Kurang fluffy. Tapi masih disayangi, insyaAllah. ;) Oh, dan dia saja yang nampak betul-betul macam anak mak ayah. Sebab bulu dia mix warna mak dan ayahnya.

Post ni saja menggedik. Tak mahu geram sorang-sorang. Haha. Cumanya nasib baik aku masih tak berani nak angkat binatang berbulu. Setakat ni cuma mampu usap dan angkat untuk 2 saat. Perlukan training lagi. Haa.

14 comments:

Al Faqir Rabi'ah Al 'Adaweeyah said...

warghhh!!

mintak la yang tak fluffy tu.. meh sini ummi wee pelop-pelop kasi dia gemok-gemok..

hihi^^ chomelnya!! dah la banyak ekor pulak tu...

grrrr~ *geram*

qinairaulfa. said...

nak 3 ekor boleh? buat rendang. keh3. ;)

Aishah Nur Hakim said...

awakkk.
aaaaa.

nak sorang plis!

akak fobia jaga arnab la. huk

s a r said...

assalamualaikum PENCHENTAqu :0

alamak ai!! gebu sehh..! bak maih 2 eko. hee

aritu akak ada gak bela arnab jiran akak. arnab tu takmo balik rumah dia, dan dia selalu nak lepak kat ruma akak. lelama jadi hak milik sebab dah suruh balik pun, dia stil datang jugak rumah akak. hee.

disebabkan takda pengalaman jaga arnab, satu hari akak tengok bulu2 dia banyak tercabut. akak ingat dia mengamuk. rupanya dia standby nak beranak dah. sekali beranak 10 eko. malangnya, akak tak tau la plak yang anak2 arnab ni kena letak pada ibu dia and susukan. tak sampai sehari, semua mati. sedeh! ~_~"

fuad ansari said...

bibah punya surprise kat mula2 tu, ingatkan jumpa anak orang.. rupanya anak arnab.. kalau tak, leh cepat jadi ibu.. (",)

Anonymous said...

tomeynya..xtahu pula arnab beranak banyak2..
nak satu nak kasi kat anak.. kihkihkih

nak kasi nama arnab tu ebbyt marcelo =)

K. IA

~PENCHENTA~ said...

AlFaqirRabiah, Hee. Geram kan? Yang tak fluffy tu selalu kena lenyek2 je dengan adik2 yang lain. Uhh. Kesian. Terpaksa bagi dia susu binatang. Pasal tak dapat susu mak dia. :(

Ulfa, Haha. Tak raya lagi, mana boleh! ;P

KakAishah, Haha. Kalau fobia, boleh tengok je. Takmo osek2. :)

KakSARku, waalaikum salam warahmatullah. Hee. Semua dah fluffy betul2 sekarang. Bila lepas kat tanah, seronok masing2 berlari. Tapi cetoet je masing2. Comel! Haha. Dia waktu baby memang duduk lagi dengan mak. Ni pun menyusu lagi. Baru belajar makan rumput. Heheh. Tidur dalam baldi. Bila susu time, mak dia masuk sambil gigih tinggikan badan untuk anak menyusu. O.O

EncikFuad, Eheh. Jaga anak manusia leceh. Kena daftar anak angkat lah, masuk court dulu lah. Hee. Anak Renab tak payah. Kita culik je. Haha. :P

KakIA, haha. Akak berani pegang ke? Bagi lah. Seronok budak2 dapat. Tapi renab mahal sekarang RM300++ jugak lah. Yang baby tak tahu lah pulak berapa. :D
Renab pun senang jaga. Tak busuk macam rodents. :P

Anonymous said...

300? mahalnya..xpelah..akak ada cita2 nak bela anak rimau..kat US ni boleh tau amik lesen..

suka tengok anak harimau putih minum botol susu...tomeyyy..=)

K. IA

~PENCHENTA~ said...

Yang murah lagi ada, tapi amik kat orang lah. Jangan beli kat kedai. :D

Oh. Anak rimau pulak. Habis tumpul taring dia menyusu botol. Kekeke. :P

Pencari ALLAH said...

yang tak fluffy akan jadi hero. Percaya tak?

abu yusof said...

comel..

As said...

Ada bela ke kat rumah. Pergh. Memang beh.

~PENCHENTA~ said...

PencariALLAH,wah. Teori mana neh? Haha. Kita tengok nanti. ;)

AbuYusof, macam saya.

KakAs, abang ipar punya. Tapi dia kata nak bagi minimum 4 ekor baby nanti. ;)

Pencari ALLAH said...

Tapi dengan syarat si non-fluffy tu kena mencapai usia matang melebihi umur arnab yang lainnya. Baru boleh jadi hero :)

sadid sigaraga