>

Tuesday, February 28, 2012

Berapa laju?

Kita fikir, kita sudah cukup pandai.
Pandai mengukur kelajuan pada setiap perubahan jarak yang kita lalui.

Tapi kita lupa. Andai kita berada dalam suatu sistem, dan di luar ada sebuah sistem yang lain, kita perlu mengukut pada bingkai rujukan (frame of reference) yang lain.

Contohnya, kita berada dalam sebuah kereta api. *Ini sememangnya suatu contoh yang biasa.
Kita berlari pada kelajuan 5km sejam. Dan kereta api bergerak pada kelajuan 80km sejam.
Untunglah kalau kita dan kereta api bergerak pada arah yang sama. Kerana jumlah kelajuan kita adalah 85km sejam.
Tapi bagaimana kalau kita sebenarnya melawan arah kereta api? Oh!
Kita sebenarnya makin perlahan.
Hasil kelajuan kita dan kereta api cuma tinggal 75km sejam.

Koma.

Jangan lupa, Allah ciptakan dunia ini ada jalan yang perlu kita lalui bersama.
Jalan menuju syurga namanya.

Untunglah buat siapa-siapa yang berjalan searah dengannya.
Semoga kamu laju menuju syurga.

Dan buat siapa-siapa yang rasanya sudah berjalan melawan arah jalan asal kita,
pastikan kita semakin perlahan.
Supaya jumlah perbezaan semakin sedikit.

Dan semoga kita dapat berhenti sebentar.
Sedut udara nyata.
Dan kembali ke jalan menujuNya.

;)

7 comments:

fuad ansari said...

susah2 je kita nak berlari lawan arus..

naik atas keretapi, sudahlah.. (",)

abu yusof said...

bisa bila orang matematik bercakap..

~PENCHENTA~ said...

EncikFuad, Haha. Masalahnya ramai jugak yangrasa melawan arus tu lebih seronok. Huu.

AbuYusof, Haha. Ni bahasa Fizik ni. Orang matematik pun tak faham. Haha.

As said...

Ada orang tu mentang2 baru masuk sem baru.

Haha takdelah just buli malam Jumaat.

May Allah bless, sista!

s a r said...

assalamualaikum penchentaqu. :D

erm, jalan depan ada. susah2 je nak reverse awatnya kan.. :D

Pencari ALLAH said...

Sungguh jumlah pergerakan kereta api dan orang itu bergerak, ia kelihatan pegun. Maka, seperti tiada pengakhiran. ALLAH itu MAHA BIJAK, tiada yang kekal melainkanNYA. Di satu tahap keduanya akan berakhir. Dengan berhenti seketika, adalah jalan terbaik untuk tidak terus tersasar. Wallahualambissawab..

~PENCHENTA~ said...

KakAs, Heheh. Bizi lah sem baru. Huhuk. Nak selesakan dengan bisnes (kekunun) lagi. Hek. :D

KakSARku, Waalaikum salam warahmatullah.. Huu. Tapi tu lah kenyataan yang orang selalu buat. :'(

PencariALLAH, true. Bagusnya explaination. :')

sadid sigaraga