>

Monday, December 5, 2011

Kahwin

'Aliyyah dan 'Ali belum pernah berjumpa. Bahkan dalam perkenalan pun meletakkan facebook sebagai orang tengah. Spesifiknya, di ruang soal jawab agama yang ditubuhkan oleh orang-orang tertentu.

Tiba-tiba 'Ali merisik, apakah 'Aliyyah sudah berpunya.

"Kalau betul-betul, datang rumah, jumpa mak ayah, bincang betul-betul"

Cuma itu jawapan 'Aliyyah.
'Aliyyah beranggapan itu cuma sebuah gurauan oleh sahabat alam maya.
Maklumlah, berjumpa pun tidak pernah.

Tiba-tiba riskan dari 'Ali benar-benar tiba dirumahnya.
Majlis serba ringkas, tiada ayam golek mahupun kambing panggang. Apatah lagi keluarga berpakaian sedondon.
Bapa 'Aliyyah berbincang dengan orang utama, iaitu 'Ali.

Waktu ini 'Ali nampak sangat macho.

Alhamdulillah, dengan ibu bapa yang cukup faham akan kehendak agama dan peraturan Allah, mereka meluluskan ujian secara lisan tadi. Maka risikan dan pertunangan dijalankan dalam satu majlis.

Selang dua bulan, majlis perkahwinan berlangsung.
Saat akad nikah, semuanya berjalan seperti biasa. Cuma tiada aksi cium dahi bagai tu.
'Ali memang sudah cakap awal-awal. Dia tidak mahu isterinya nanti jadi sangat murah. Baru dia tak rasa rugi bayar mahal-mahal nak dapat kahwin gini.


Hantarannya? 'Ali menghadiahkan sepasang niqab untuk 'Aliyyah pakai waktu majlis menyambut pengantin nanti. Dan lain-lain manisan untuk orang-orang 'belakang tabir' nikmati selepas selesai majlis nanti.

Dalam majlis tu, 'Ali dah pesan awal-awal.
"Jangan keluar. Orang ramai tu"

Dan bila ada sahabat yang mahu bergambar, 'Ali kata
"Rendahkan pandangan. Jangan pandang kamera"

--------------------------------------------------------------------------------
1. Yang lelaki muda setahun dari aku. Yang perempuan dua tahun muda dari aku. Jeles betul. >.<

2. Macam ni lah baru lelaki yang betul-betul kool. Lepas sahaja akad nikah, memang dosa perempuan sampai kat suami. Dah tu, masih nak suruh bini pakai baju jarang-jarang? Yelah. Takkan nak tunjuk kat member bini yang cuma nampak mata ye dak?

3. Yang perempuan ni dah ikut laki dia pergi Mesir, sambung belajar. Haa. Dahtu, yang korang yang dah kerja pun bebel-bebel taknak kawin sebab duit tak cukup tu apasal? Budak tengah study pun kool boleh siap bawak bini pi sambung stadi.

4. Ni kisah benar. Cuma bab hantaran niqab tu aku tambah. Haha. *kuat betul berangan*

5. Doakan mereka. DAN AKU JUGAK! :')











Serius JELES!

23 comments:

s a r said...

assalamualaikum encik Ali. eh, salah pulak. PENCHENTAqu :D

dia memang sangat cool...
orang tak cool memang banyak memberi alasan. :D

p/s- niqab. ~eh, bunyi cik bibah bukan berangan, tapi inginkan. hee.

fuad ansari said...

selepas baca kisah ni, andai esok sy dapat tahu bibah nak kawin, sy dah tak terperanjat dah.. sbb bibah pun kool jugak.. (",)

orang yg dah kawin pun jeles, apatah lagi bibah.. (",)

Syuhada said...

argh! gua pun jeles cenggini! >_<

As said...

Nah kiriman doa di angin lalu. Fuh terbanglah.

:)

Subhanallah. Indah.

Jika syurga impiannya, maka taqwa itu jalannya.

Hidayatullah said...

wah.. sweetnye

~PENCHENTA~ said...

KakSARku~, Eit. Siapa 'ALi? Heheh.
Ai tak reti nak harap2 dari manusia ni. Kita tengok nanti apa dia nak bagi. Eheh. :P

EncikFuad, Orang yang dah kawin satu mungkin jeles jugak. Tapi kalau dah kawin empat dah tak ada ruang nak jeles kutt. :P
Haha. Proposal amacam?

KakSyuhada, kan kan kannn. Ishk. Tak boleh baca banyak2. Buat rasa nak kawin esok je. Haha.

KakAs, :D Jazakillah kak. ;) InsyaAllah. InsyaAlllah. Amiin.

Hidayatullah, Allah kan lagi suwit. Sebab tu orang yang ikut cakap Dia pun suwit jugak. Haha.

Nadiah Abdah said...

serius jeles sgt2..nice entry :)

Ulfa Hisham. said...

cik bibah punya turn bila? ;)

*jemput datang rumah aku 17/12 nanti. kenduri. hehe

Mindaberbisa said...

Benda baik dibalas dengan kebaikan.Syukur alhamdulillah.

~PENCHENTA~ said...

UmmuNuha, Kan kan kan. Ishk. Ramai rupanya yang jeles. Hahah. :P

Ulfa, ishk. Tu yang tak taw tu. Haha. Abang kau dah nak kawen pulak kan. Kah3.

Eh, Pantai Remis kan? Ada pantai dak? Kah3.

PencariAllah, Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Eheh.

Afida Anuar said...

Jeles dengan orang yang dapat jodoh baik2..... tapi jodoh yang Allah bagi kat kita kelak itu lah yang paling baik buat kita kan?;) insyaAllah..

bibah, ayuh sama2 kita berdoa...

Mindaberbisa said...

Persiapkan diri untuk menghadapi dugaan yang lebih mencabar selepas ni :)

Menusuk Hati said...

aku pun try nak jadi cool macam Ali..tapi tak cukup cool..uhuk..

~PENCHENTA~ said...

KakAfida, A ah. He knows best. :') Moh sama2. *wink*

PencariALLAH, InsyaAllah, insyaAllah. Uhuh. Seram lah fikir kawin2 ni. Ishk.

MenusukHati, haha. Masih belum terlambat pakcik. Pergi jadi suwit cepat. :D

Abu Zarim Mohamad said...

oooo....alhamdulillah,,,so, Ali suport aliyyah la ek,?,,,:),,

kalo penchenta sebaya ngan sy,maksudnye, Ali 19 la ek?,,,hurm,,muda kan,,agak tercabar diri ni,,:),,mesir sara hidup rendah sikit dr europe kot,,:),,,

doa la ea,mne thu jd mcm dlm entry ni,,,nnt kak penchenta cite la ek,,wahaha,,:)

~PENCHENTA~ said...

InsyaAllah, macam tu lah. Lagi pun orang sana lebih faham kan situasi kawin muda macam ni. :D

Hahah. Baru tahu yang kita sebaya. Betul lah. Yang perempuannya sebaya adik saya.

Erk. Kalau dah sebaya, kenapa pulak kak? Ahah.

Mindaberbisa said...

Sebab tu lagi kena prepare awal-awal dari segi mental dan fizikal. Macam prepare di medan peperangan. Adakala menang ataupun kecundang.

Abu Zarim Mohamad said...

rse nye dah thu kan sebelum ni sebaya,,:),,,akak??,,xpe2,,tanda hormat,,hihi,,,

moga pechenta jmp chenta nye,,:)

~PENCHENTA~ said...

PencariALLAH, tu lah yang tak reti tu. Tapi kita takkan tahu bila kita nak ready sampai kita betul2 laluinya kan. Ishk.

AbuZarim, lama dah tahu, saja buat2 tak ingat bila ada orang panggil kakak. Ceh! Haha. InsyaAllah, doakan. :D

Cik Beah said...

waaa..!! bestnya..


















JELES jugak!

~PENCHENTA~ said...

Uhuh. Kann? Nanti kalau jumpa sorang, dua, pass lah kat sini. Ehek! :P

Anonymous said...

Mintak share! :D

~PENCHENTA~ said...

Ambik. Ambik. InsyaAllah, niat waktu post ni memang untuk share. ;)

sadid sigaraga