>

Tuesday, December 20, 2011

Oh Bulan

Hari itu bulan indah. Lebih indah berbanding hari lainnya.
Kata orang di pasar malam, bulan seakan memakai cincin.
Tapi kata orang di dalam kelas PHY3104, itu sekadar efek perubahan halaju cahaya dalam medium vakum.

Tidak kira apa pun, Habib tetap memuji bulan, setelah lama terpisah meninggalkan sahabatnya, Nordin.
Katanya, bulan sangat istimewa.
Saat manusia sesat di tengah malam, bulan tega menyuluh jalan.
Bahkan, saat manusia sedang kerinduan, bulan tetap menjadi tatapan.

Tapi hari itu Nordin menghantar gambarnya, dari bulan sana.

Habib kecewa.
Bulan yang disangka indah dipagari bintang berbagai warna tidak seindah gambaran pada hatinya.
Bulan ternyata berkawah, dan berlopak.

Saat kekurangan pada bulan kelihatan, saat itu juga bulan terpadam dari hati Habib.

Persoalannya, apakah cukup dengan satu kekurangan untuk kita terus menyalahkan?

p/s: Pinjam kisah Nordin dari belog ini. Tapi tak ada kena mengena pun. (Tak kena bayar royalti kan?)

13 comments:

Anonymous said...

Sangat tersirat!

Orang tua-tua pesan, cari satu kebaikan yang ada dalam diri orang lain walaupun beribu-ribu keburukan yang dia ada. Cari satu keburukan dalam diri kita sendiri walaupun beribu-ribu kebaikan yang kita ada.

Btw, akak tak paham pasal kisah Nordin tu. Apa dia nak cerita sebenarnya?

fuad ansari said...

kerana bulan ingin berkhidmat kepada orang di bumi.. bulan bersangka, pasti tidak ramai yg akan ke bulan.. maka, adalah lebih baik, ramai yang melihat kebaikannya dan hanya sedikit yang melihat keburukannya.. (memandai je sebenarnya ni)(",)

Anonymous:
hanya jauhari mengenal manikam..
hanya bibah(silap-silap)
hanya habib yg memahami nordin.. (",)

s a r said...

assalamualaikum PENCHENTAqu :)

p/s- gelak sekejap dengan kata2 encik fuad. BIBAH & HABIB. sedap gak tu ha, eheh.

erm, bukankah setiap kebaikan yang menutuo kesilapan? tapi bila terselah kesilapan pula, hilang kebaikan. nak dijadikan sebab, mudah caranya. ~tafsiran s a r. eheh

~PENCHENTA~ said...

Anon, oh. Sangat suka quote tu. Dan tengah cuba nak amal jugak. Uhuk. Susah betul nak nampak baik orang berbanding diri sendiri. Even kalau dah nampak pun, susah betul nak lupakan keburukan dia. Ishk. Ishk. Banyak betul benda kotor dalam hati ni. :(

Owh. Kisah tu pergi tanya tuan dia lah. Ahah.

EncikFuad, Suka benar buat cerita eh? Haha. Bulan sebenarnya cantik. Kan semua ciptaan Allah cantik2 belaka. Cumanya manusia ni materialistik. Nak cantik pada luaran saja. Cuba tengok pada cantiknya ketaatan si bulan. :D

KakSARkuu~, Ahahah. Agak true lah tafsiran akak tu. Manusia kan memang suka mencari alasan. :(

Afida Anuar said...

walau berkawah berlopak, tapi bulan punya jiwa yang indah;)

abuyusof said...
This comment has been removed by the author.
As said...

Beauty is in the eye of the beholder.

Kan? :D

Tapi biasanya weakness and strength setiap sesuatu complete each other. Buruk sana baik sini. Baik sana buruk sini. Itulah sunnatullah.

Pantun sket:

Siapakah itu orang yang cantik
Akhlak mulia langkahnya cerdik
Bertindak hormat bersangka baik
Adat dan ibadat tiadalah carik

***

اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ

"Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik."

Bintu Salman said...

Dah boleh guna identiti sendiri, tinggalkan Anon. :D

Bila nak buat sesuatu, yang susah tu masa mula-mula lah. Lepas dah mula, insyaAllah mudah benda tu. Ingat balik positif-negatif yang kita pernah cerita sebelum ni. Bukan tak pandang terus yang negatif. Detect dulu, lepas tu tinggal. Kan awak jugak yang cakap :). Btw, jangan cakap susah, cakap tak senang. Lama-lama, hilang lah 'tak', maka jadi senang. :)

Buat-buat paham sendiri lah kalau kena tanya tuan dia. Huhuh.

Fuad Ansari,
Menarik!

Bintu Salman said...
This comment has been removed by the author.
~PENCHENTA~ said...

KakAfida, kan? Cemburu dengan ketaatan sang bulan pada Tuannya. :')

KakAs, tulah yang kita selalu lupa. Nak bersangka baik kena banyak training. Ahah. :D

Piwit, YanaLan. Ahaha. Okay dah usha belog anda. WOW. Cun. Meh sini tolong decorate jugak. :P
A ah. Sebab tu kena baaaanyak analisa dalam diri ni. Banyak lagi pun nak kena renovate. Uhuh. :S

Mindaberbisa said...

Pengadilan adalah tugas ALLAH yang mutlak :)

Bijen M. said...

Baru Nordin tahu ada kawan nama Habib.
Ceh!

Kena baca dengan penuh penghayatan kalau nak faham cerita Nordin tu.

~PENCHENTA~ said...

PencariALLAH, Yepp. Kita kan cuma hamba. :D

BijenM, tulah. Lu tak kenal lagi Nordeng tu siapa lagi.

sadid sigaraga