>

Thursday, January 12, 2012

Maaf, ibu saya cacat, tapi sempurna.

"Ummi tak payah lah pergi sekolah aku, nanti kawan aku gelakkan." -Bushra.

Kata-kata dari kanak-kanak yang tak pernah menipu selalu membuat aku terdiam.
Waktu tu mak aku cuma senyum.
Waktu tu, mak aku masih berkerusi roda.
Kakinya masih tidak kuat menampung badan sendiri, walaupun beratnya jauh berkurangan dari sebelumnya.

Dengan ayah yang masih jauh di sana, dia terpaksa memanggil aku untuk ke tandas tiap kali.
Sesekali, hati aku membentak juga.
Kenapa dia tidak mahu berlampin sahaja. Kan lebih mudah.
Tapi perkara itu pasti akan mengingatkan aku pada peristiwa di hospital dahulu.

Waktu itu, adik aku menggantikan aku menjaga mak, sementara aku pulang ke bilik hotel menunaikan keperluan harian.
Bila aku pulang, adik bisik.
"Tadi ummi kata nak berak", aku faham mak memang kerap berak cair kerana badannya banyak dimasukkan air, malahan makannya juga semua dalam bentuk air.
"Habis, kenapa ummi tak berak?" Aku tanya padanya.
"Ummi kata, Ummi kesian nanti Tahieyah kena basuh"
Waktu tu laju air mata mengalir.

Sesungguhnya, dia takkan mahu menjadi beban kepada aku.
Jadi bagaimana aku boleh merasa terbeban dengannya?

Walaupun dia cuma bermata satu, tapi dia mampu menyediakan banyak ruang pada hatinya. Dan semuanya untuk 9 orang anaknya.

Bila fikir-fikir macamni, aku jadi takut kalau keperluan untuk berkahwin nanti datang bersama kewajipan untuk meninggalkan mereka.
Sedangkan diri ini pun terlalu banyak hutang padanya.

Mohon doa kalian untuk dia :)
Walaupun bermata satu, masih gigih menjahit masa ini. Walaupun benang susah sekali menembusi lubang pada jarum, tapi hatinya tetap tega demi tanggungjawab. Allah. :')

24 comments:

Anonymous said...

terharu sangat..

sementara ibu masih hidup berbaktilah padanya..

insyallah Allah akan mudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat.. itu janji Allah..

doa buat ibu awak semuga Allah mudahkan segala hal bagi dia dan reda dengan segala ujian Nya..

dan untuk awak juga.. selamat berbakti..

ay

Afida Anuar said...

Sebak akak baca ni...

Allah....

s a r said...

Assalamualaikum PENCHENTAqu.

alaa..tyah. buat akak terasa dah ni. :'(
erm, agaknya memang dah dikurnia Allah hati seorang perempuan memang lembut dan sebagai ibu.

yela tyah. akak pun selalu je rasa mcam tu. tapi kenapa mak tak pernah pun rasa mcam tu pada anak2. sanggup susah sume demi anak. :'(

Semoga dirahmati selalu tyah. InshaAllah. terima kasih atas perkongsian. :)

p/s- bila masuk bab kahwin, erm, tak boleh nak lari la tyah. terpulang pada diri mcm mana nak berbakti. inshaAllah keadaan akan sentiasa baik if kita sentiasa beringat, rsa tggungjwb, walaupun dalam serba kekurangan.

As said...

What should I say my dear? T___T


Moga Allah kuatkan langkah kaki untuk terus berbakti ke akhirnya....

fuad ansari said...

hurm..

terharu jugak membacanya..

entri khas utk anda:
kenapa janda

Bintu Salman said...

Ada yang punyai ibu yang sempurna.
Ada yang punyai ibu yang kurang sempurna.
Ada yang telah kehilangan ibu kandung.
Ada yang punyai ibu tiri.
Ada yang hanya punyai ayah.
Ada yang telah kehilangan ibu dan ayah.

Bersyukurlah kita dalam setiap keadaan, kerana pasti ada yang lebih buruk keadaannya dari kita. Dan bersyukurlah juga, kerana tanpa Ibu dan Ayah, kita tak dapat pun melihat dunia yang serba 'indah' ini.

Akak tahu Tya kuat. :)

Bintu Salman said...

Ada yang punyai ibu yang sempurna.
Ada yang punyai ibu yang kurang sempurna.
Ada yang telah kehilangan ibu kandung.
Ada yang punyai ibu tiri.
Ada yang hanya punyai ayah.
Ada yang telah kehilangan ibu dan ayah.

Bersyukurlah kita dalam setiap keadaan, kerana pasti ada yang lebih buruk keadaannya dari kita. Dan bersyukurlah juga, kerana tanpa Ibu dan Ayah, kita tak dapat pun melihat dunia yang serba 'indah' ini.

Akak tahu Tya kuat. :)

Anonymous said...

Sedihnya..
Doa buat keluarga Tya semoga tabah dengab ujian Allah. Setiap orang punya ujian masing2 dan Allah sering menguji orang2 yang disayangi.

Tabah ye Tya. Innallaha ma'ana.

*Mama akak cakap kalau nak kawin cari lelaki yang boleh sayang mak ayah mertua macam sayang mak ayah sendiri. InsyaAllah masih dpt berbakti pd org tua lepas kahwin.

Kak IA

~PENCHENTA~ said...

Ay, insyaAllah, insyaAllah, amiin.
Mak saya dah lama redha rasanya. Saya tak pernah nampak dia menangis. Waktu kena 'dera' dengan nurse, waktu tulang kakinya terkeluar sewaktu diangkat untuk dibawa ke bilik bedah, dia sangat kuat.
Doakan saya dapat cedok sikit kekuatan dia. :')

KakAfida, Takmo nanges2. Ni post nak bagi semangat. Hehe. :)

KakSARku~, waalaikum salam. Memang hati mak kuat sangat sangat sangat dalam apa jua keadaan. Dia sangat kool. Bila ada masalah, kalau tanya dia, dia mesti rileks je. Hehehh.
Btw, tya dah nampak kakak kawin sorang. Dan sejak dia kawin, mak selalu pesan, 'tak payah cakap macamtu, dia dah bini orang'. Saya jadi takut nanti mak saya pun taknak bagitahu apa2 masalah kalau saya kawin. Dahlah anak2 ramai perempuan. Nanti semua pergi, siapa nak tinggal? Uhh.

KakAs, insyaAllah. Mohon doa ya! ;)

EncikFuad, heheh. gigih. :D

KakMaz, insyaAllah kak. Betapa sedikit kesyukuran kita, berbanding nikmatNya. Allah. :'(

KakIA, :) semua tu dah lepas kak. Alhamdulillah, semuanya Allah jadikan semakin baik. ;)

Egg Head said...

rindu kat mak saya....huhuhu..sebak sgt bila bca entry nie....

Norsha said...

Tahieyah, yang cacat fizikalnya tapi hati dan semangatnya tidak cacat, ibumu seorang yg hebat....

Cik Beah said...

lahaula wala quwwata illa billah..

tabahnya mak awak.. sabar banyak2 ye adik cayang..

setiap kali rasa susah/sedih, kuatkan diri dan ingatlah, susah di dunia ini tak seberapa sangat kalau dibandingkan dengan ganjaran yang kita akan dapat di akhirat besok.

memang dik. hidup ni sangat perit. sebab hidup ni Tuhan jadikan untuk kita berjuang, bukan untuk main-main.

moga Allah beri kita semua kekuatan & ketabahan sehebat adik-adik kita yang setiap hari berperang di palestin sana, insyaAllah!

akak doakan awak sekeluarga tabah dan syafakillah buat bonda awak. :)

Allah bersama kalian, dik!

~PENCHENTA~ said...

EggHead, Bila rindu, doalah. Bukankah kita doa pada Tuhan yang sama? :D

KakNorsha, MasyaAllah. Hebat betul Allah dapat letakkan hati yang sangat kuat pada insan yang dilihat lemah (wanita) kan? Dia terlalu kuat kak. Semoga syurga tempatnya di akhirat nanti. :')

AlFaqirRadiahAlAdaweeyah, yes kak. Sebenarnya banyak sangat nikmat dalam setiap ujian. Cuma kita tak nampak. Jangan kata orang lain pun lagi teruk. Sebab semua orang ada nikmat dan rahmat yang Allah bagi, yang mungkin kita tak dapat rasa, tapi sangat jelas bagi mereka. :)

Mindaberbisa said...

Banyakkan bersabar, yang beban itulah akan disesali dan ditangisi nanti. *dada sebak sangat*

As said...

Cuma nak tabik toing toing lah kat your father jugak, Tya.
:)

Suami yang memahami jugak main peranan sumber inspirasi besar buat wanita yang sakit. :)

Dan, ramai lelaki ber-fikrah menolak wanita yang sakit untuk dijadikan isteri.

L said...

urrrmmm... sedih bila baca...

Jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

~PENCHENTA~ said...

PencariAllah, Uhuh. Perlu banyak rileks sebenarnya. Bila stress, tu yang buat rasa terbeban. :(

KakAs, betul. Tya pun tabik. Nak cari suami macam ayah tya. Sampai harini setia berjalan pimpin tangan dengan mak. :')
Dan tak rasa pun apa2 kekurangan (rasanya) pada mak. Hari2 dia yang masak sekarang. :D

L, takmo sedih2 eh. :) Orait. ;)

نور توفيقة ادريس said...

TyaaaaT_T

Such a strong and indeed wonderful mother you have......

Traits in a mother will poured down into her kids, insya Allah..

Tya pun mesti jadi ibu yang super- duper macam mama tya..

Mindaberbisa said...

Kita tidak boleh lari dari rasa terbeban. Cuma, doa haruslah istiqamah, insyaALLAH. Baca tajuk ni membuatkan saya rasa sebak yang amat dalam.

~PENCHENTA~ said...

KakPqa, Amiin. Amiin. Dia kuat kuat kuat sangat2. Uhh. Boleh-menangis-tengok-dia-lawan-sakit. :')

PencariALLAH, Hmm. Kena banyak belajar untuk ikhlas. Kan?

Mindaberbisa said...

Lakukan kerana ALLAH, banyak manfaat dengan satu niat, InsyaALLAH.

~PENCHENTA~ said...

InsyaAllah kak, insyaAllah. Doakan sangat2. :')

Btw, bila agaknya kita boleh berkenalan lagi rapat? :D

Mindaberbisa said...

hehehe. Awak dah kenal saya pun :)

~PENCHENTA~ said...

:DDDDDDD
Grr. Hehe

sadid sigaraga