Kelas Bibah Comel baru tamat jam 10 pagi tadi. Dan petangnya, kelas dibatalkan. Dia bercadang mahu kool-kool sahaja di jalan raya, memandangkan tiada apa yang perlu dikejar.
Jalan raya lengang pagi itu. Bibah beranggapan bahawa mungkin kerana semua warga kota sudah sibuk di pejabat bersama fail bertimbun.
Pap. Hati Bibah tersentap.
"Apahal pulah main cucuk-cucuk ni. Nak motong pegi sebelah lah brader. Lu ingat ni jalan bapak gua ke nak kena minta izin bagai?Haha."
Sengaja kaki Bibah mengacah. Brek ditekan sedikit. Barulah kereta di belakang sedikit menjauh dan terus masuk ke lorong paling kanan.
Bibah tersenyum. Otaknya menyusun sesuatu.
Kereta cucuk tadi semakin laju untuk memotong Bibah. Bibah pula sengaja menambah lagi kelajuan. Tak mahu dipotong begitu mudah. Jarum di speedometer menunjukkan ke nombor 120. Saat Bibah memandang speedometer juga, matanya terlihat meter minyak. Setakuk minyaknya turun.
Pantas pedal minyak dilepaskan. Grr.
"Menekan pedal minyak ibarat membakar duit"
Haha!
12 comments:
brutal sgguh si bibah ni....hihihiihi...elakkan pmbaziran...mari kita cool di jln raya... :)
Ahah,
Mari kita kool! 8D
erk..pendeknye..igtkan ada sambungan...dia accident ke..pastu taubat ke.. ha3
sambunglah cerita lagi. Best.
Hidayatullah: Erk. Cukuplah. Yang lain tak perlu tulis kat sini. :D
Pencari Cinta Sejati: Heheh. Tak boleh tulis banyak-banyak. Nanti orang menyampah. Erkk. :(
bibah bibah.. tak padan dgn nama..(",)
assalamualaikum PENCHENTAqu
~ahah. apa nak jadi sibibah ni. dah terbakar duit baru nak berhenti. eheh
tapi bagus gak berhenti bila dah rasa duit terbakar.
ada yang dah ribu2 duit terbakar gara2 asab yang ditapis dalam dada tu, still gak tak ingat2. ahah. makin banyak buat pelaburan ada.
Belum cuba belum tahu :)
En Fuad: Habis tu, ingat orang nama tyah je reti merempit? Haha. :P
Kak Sarkuu~: Hee. Semoga Bibah mengambil pengajaran. Oh, dan buat yang menternak asap di paru2 juga. Ishkk. :|
Pencari Cinta Sejati: Hee. Saya kanak2 baru belajar. Makin banyak orang baca, makin banyak rasa benci. :(
uish kenapa cakap macam tu? MasyaALLAH. Bawak2 mengucap..
Merokok juga membakar duit.
Bercinta pun.
PCS: :)
Bijen: Itu yang fizikal. Ada yang lebih penting yang kita tak perasan. Contohnya, online facebook memanjang membakar masa. Makan junk food tiap masa, membakar usia. Ohh!
Post a Comment