>

Thursday, March 31, 2011

Ala emak kahwinkan aku.

Ha. Cuba baca post ni sambil play lagu neh. Haha.


Ini memang dah datang mode menggatal dah ni. Jangan sampai jatuh hukum wajib kahwin sudah. Haha. Udah-udah. Ni semua salah mak aku. P tanya soalan best tu pulak. Grr.

Hangpa tak pelik ka, tengah syok-syok lilit bunga manggar untuk kakak, hang pulak kena attack. Kakak tu pun tak lepas lagi mak nya. Ishk. Atau muka aku ni memang muka gatai? Erkk.

Tunggu datang mood baru syok cerita penuh. Haha.

Wednesday, March 30, 2011

Jodoh dalam perjalanan.

Semoga jodoh tidak sesat dalam perjalanan.
Semoga jodoh tahu aku tetap menanti.

Tapi, banyak sungguh dugaan ketika menanti jodoh.
Tapi, banyak juga bukan-jodoh yang mengaku jodoh.
Semoga istikharah tunjukkan yang mana satu jodoh sebenar.

Tak apa, kita tengok siapa yang mengaku dia membawa jodoh sebenar. Aku tetap menanti.

Tuesday, March 29, 2011

ke mana perginya facebook?

Pertamanya, aku minta maaf buat rakan-rakan yang baru di'add' dan baru di'approve' yang masih belum berkesempatan untuk beramah mesra menyulam kasih.

Aku terpaksa deactivate account itu demi kemaslahatan bersama. Kerana aku lihat facebook sudah semakin berjaya mengambil tempat di hati, dan secara tidak langsung mengawal nafsuku.

Kenapa aku buat facebook?
Dahulu, sewaktu sibuk facebook ini kecoh dengan ura-ura bahawa ini adalah propaganda Yahudi, sewaktu wujud pula Millat Facebook, sewaktu ramai pula menutup akaun masing-masing, aku masih dengan hujah yang menegakkan pendirian sendiri.
Kalaupun facebook ni Yahudi punya, biar aku guna untuk sebarkan ilmu, untuk sebarkan dakwah. Biar mereka rugi sikit.
Ahh. Tapi, lama kelamaan aku rasa rugi sendiri. Masa terbazir menunggu sahabat-sahabat online, berbalas-balas di ruang comment, berkongsi rahsia hati melalui message dan chat, tak kurang juga bergaduh dan menangis sewaktu penarikan diri dari Kelab Debat UPM. Ya, banyak masaku dihabiskan bersama facebook.

Kenapa aku delete facebook?
Setiap kali muhasabah diri sebelum tidur, aku sedih kerana terlalu banyak masa aku dihabiskan di facebook. Tapi, bangun sahaja dari tidur semua itu bagaikan gurauan dalam mimpi. Tak terkesan sikit pun. Kerana semuanya hanya dihujung jari. Tapi, makin lama, facebook semakin kelam-kabut. Dengan poll, survey, apps, dan lebih teruk link-link kotor. Ahh. Aku malas mahu bercerita. Sebenarnya anda juga faham kan?

Cuma, doakan aku berjaya dalam usaha menahan diri dari activate balik facebook tu. :|

Sunday, March 27, 2011

Hey kawan!

Dalam tempoh berjalan dari fakulti ke perhentian bas, agak panjang perbualan kami. Hingga tiba kepada persoalan rakan ini.
"Eh. Macam mana kalau kita pakai bukan untuk tarik perhatian lelaki. Tapi lelaki yang pandang."
Aku tanya kembali.
"Macam mana kau tahu kau pakai tu untuk apa? Untuk tayang kat siapa?"
Dia menjawab kembali.
"Lah. Kan perempuan memang suka yang cantik- cantik. Yang warna- warni."
Aku senyum. Aku dah agak itu jawapan bagi wanita kebiasaannya.
"Ahh. Kat bilik pakai serabai. Rambut macam kak limah. Baju koyak rabak. Ketiak bau masam. Lepas tu keluar pakai baju cantik- cantik, tuang perfume satu botol, ikat rambut toncet tinggi- tinggi. Nampak dah dia buat semua untuk siapa? Kalau betul dia buat semua tu untuk kepuasan diri dia, untuk penuhi naluri kewanitaan dia, kenapa dekat bilik tak buat macam tu?"

Dear kawan, maaf lah aku tak reti menyusun ayat penuh santun. Ishk. :|

p/s: Siapa yang sudi jadi guru kesantunan, anda amat dialu-alukan. :D

Dear adek.

Kalau dah tahu hari ni nak balik asrama, boleh tak jangan gegedik tidur bawah malam tadi? Bukannya aku tak biasa tidur bawah. Dah 3 hari kan aku tidur bawah.

Boleh tak jangan ngengade bangun awal sebab nak basuh baju aku yang kau pinjam? Nanti aku basuh lah sekali dengan baju sebaldi tu.

Boleh tak jangan sweet- sweet dengar ceramah sama-sama? Nanti aku asyik teringat gelak kau je. Yang Ustaz cakap dah lupa. T___T

Boleh tak jangan tengok Supernatural sama-sama dan gaduh? Nanti aku bosan takde orang nak gaduh bila kau takde.

Boleh tak. Boleh tak. Boleh tak. Aaa. Nanti aku rindu. Tsk.

*Sila abaikan post ini. :(

Saturday, March 26, 2011

wanita adalah fitnah dunia...

Anda tahu saya pernah delete ramai orang dari facebook saya? Ya. Mungkin nampak kejam. Mungkin nampak sombong. Tapi anda ada cadangan yang lebih baik untuk menjauhkan fitnah selain delete mereka? Ahh. Kalau anda ada, saya tak ada. Anda kuat. Ya. Saya lemah.

"Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita"
(HR Buhkari dan Muslim)

Pertama kali aku dengar hadis ni, mahu menangis rasanya. Allah. Banyaknya ujian sebagai wanita. Dugaan untuk tidak menjadi fitnah.

Manusia mana yang mampu berfikiran positif setiap kali membaca post seorang wanita disulam emoticon smile dan jenaka-jenaka manja? Manusia mana? Tak dinafikan, mungkin ada selain saya.

Situasinya sama sahaja seperti dua insan berlainan jantina berborak. Disertai dengan ketawa halus si wanita. Dan gelak-gelak si jejaka. Pasti ada yang akan memandang pelik. Walaupun mereka tiada hubungan. Walaupun mereka bukan berdua. Walaupun mereka hanya di ALAM MAYA.

Jadi, apa guna status- status berkisar islamic yang anda tulis? Apa guna nasihat di laman sosial yang anda post? Kalau insan lain pun berbisik 'Ahh, dia pun sama macam aku'.

Ya, pada dasarnya memang kita boleh guna kata orang tua- tua,
"mulut tempayan pun susah nak tutup. Inikan pula mulut orang."

Tapi, tak boleh kah kalau kita wujudkan suatu kepercayaan manusia lain terhadap kita? Tak boleh kah kita memberi teladan yang baik?

Aku juga terasa. Mari jadi lebih baik. :)

Wednesday, March 23, 2011

kawan. kawin. kapel.

Semalam ada insan menyerbu bilik aku. Sedang dalam dilema katanya. Al-kisahnya, dia cemburu melihat si teman lelaki ini bersama wanita lain. Di facebook juga, si lelaki ini mempamerkan keakrabannya dengan wanita lain. Jadi dia menyoalku, harus ditamatkan sahaja atau perlu bersabar?

Hikmah

Aku cuba untuk berhikmah dalam menyusun ayat. Agar setiap bait kataku nanti dapat diterima akal dan hati seorang insan yang sedang bercinta. Jadi, aku cuba letakkan diriku di tempatnya. Aku cuba merasai bagaimana perasaan orang bercinta. Orang yang meletakkan seorang lelaki di dalam hatinya. Tapi aku letakkan juga suatu pemisah agar aku temui di mana reflection point bagi kes-kes begini. Jadi, aku pilih syariat Islam sebagai pemisahnya.

Ayat demi ayat aku susun...
"Sebelum kau putuskan untuk bercouple, ada satu perkara yang kau kena terima. Couple ni cuma ada pada nama, tak ada beza pada hubungan atau batas pergaulan. Bila couple, taraf kau dengan kawan perempuan dia yang lain sama je. Macam mana dia tak boleh pegang tangan perempuan lain, macam tu jugalah dia tak boleh pegang tangan kau. So, apa hak yang kau nak tuntut ke atas dia? KAU TAK ADA HAK. So, you have to put all that under your consideration once kau kata nak couple"

Dia masih memandang dan mengangguk. Aku teruskan. Kali ini aku mula berlembut.

"Memang fitrahnya seorang perempuan akan suka kepada lelaki. Tapi, dalam keadaan macam ni, dalam keadaan tiada ikatan, semuanya cuma lakaran yang samar. Percaya tak, sebenarnya kau couple dengan dia bukan sebab dia kelakar, baik, penyayang, bla bla bla. Tapi sebab korang ada banyak masa bersama."

Dia mula buat muka tak faham. Ok. Jadi aku guna analogi.

"Contohnya kau dan aku. Sekarang mungkin kita sangat rapat. Sampai kau sanggup turun tanya pendapat aku memalam bebuta gini. Tapi once kita berdua dah makin busy, kau dah ada kawan yang lebih banyak masa untuk bersama engkau, kau takkan gigih sangat nak turun jumpa aku. So, faham tak apa yang banyak main peranan dalam sesuatu hubungan? Masa. Yes. Masa. Dan jangan lupa tentang jodoh. Walau dia manusia yang paling baik sekalipun, walau dia manusia yang paling kacak sekalipun, tapi kalau Allah kata korang takkan jumpa, then kau takkan bersama dia."

'Oh.' Satu perkataan keluar dari mulutnya.

"Jadi, tak payah gopoh-gopoh sangat sekarang ni. Bila Allah dah bagi green light dan lampu jalan pun dah focus ke dia, then just go. And the most interesting part, waktu tu kau dah ada hak untuk tuntut dia luangkan masa untuk kau. Kau dah ada hak untuk dia lebihkan kau dari orang lain. Except mak dia. Itu kena terima lah."

At the end, dia tersenyum.

Monday, March 21, 2011

detik itu

Hari Rabu ni insyaAllah result SPM keluar. Oh. Debaran aku dah lepas dah. Walaupun nampak macam baru lepas SPM. Keh3.

Ahh. Aku berdebar bagi pihak adik aku sebenarnya. Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik buatnya. Tambahan, ummi dan waleed tidak akan berada bersamanya saat itu nanti. Ahh. Pasti menyedihkan. Di saat orang lain menangis kegembiraan mahupun kesedihan di bahu ibu ayah, kamu? Apa kamu mampu menumpang belas kasih orang?

Kamu mungkin boleh sembunyi perasaan itu. Cuma sekadar sembunyi. Jangan pernah nafi perasaan itu wujud. Dahulu, walaupun waktu itu ummi ada di sebelah, tetap air mata mahu mengalir saat dalam pelukannya. Rasa gembira kerana berjaya mencapai impian. Namun turut sedih, risau si ibu inginkan yang lebih baik.

Jangan pernah kesali sebuah keputusan. Kerana itu semua adalah hadiah dari Allah. Kalau ianya sebuah keputusan yang bagus, bersyukur dan teruskan usahamu. Semoga berjaya menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Tapi, kalau sebaliknya, anggap itu suatu didikan Tuhan. Dia mahu kamu berusaha gigih lagi.

Lusa, insyaAllah, aku cuba lapangkan masaku untuk kamu ya. ;)

Pandai- pandai lah aku ponteng mana yang patut. Ke ke ke. Moh le doakan segalanya dipermudahkan.

Sunday, March 13, 2011

bukan salah ibu mengandung

Dahulu, ketika aku di bangku sekolah rendah, aku punyai seorang teman. Menjadi wakil sekolah dalam pertandingan nasyid membuatkan dia sangat suka bergendang di dalam bas sekolah. Dan kebetulan rumah kami memang dekat, jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik sekolah memang banyak dihabiskan untuk berkongsi cerita.

Kami sangat akrab. Bapanya orang 'masjid'. Berjubah putih, berjanggut panjang dan sentiasa ada di belakang imam. Ibunya jarang sekali kulihat. Cuma sesekali, apabila ibuku datang ke rumahnya, baru aku terlihat ibunya. Berpurdah. Adik beradiknya ramai. Dan semuanya berkopiah dan berjubah.

Latar belakang keluarga dan didikan ibu dan ayahnya meyakinkan aku bahawa mungkin dia akan menjadi anak yang soleh. Hampir 5 tahun terputus hubungan, baru-baru ini seorang sahabat memberikan link facebooknya. Aku sangat teruja ingin mengetahui perkembangan sahabat ini. Sahabat lama. Dan ini yang aku jumpa.


Aku pun tak pasti apa sudah jadi dengannya. Cuma ibuku hanya dapat berkata

"Kesian mak dia. Macam ni dia balas kat mak dia?"

Sekali pandang, kita akan terfikir, 'macam ni ke mak dia ajar dia?' atau 'teruknya mak dia. anak pun dah jadi macam ni'.

Allah. Bukan salah ibu mengandung. Kalau dia masih kecil, ya mungkin kita boleh salahkan ibunya. Tapi, kalau umur pun dah tua, sibuk-sibuk mahu mencari kebebasan, dan sebagainya. Jangan pernah anda salahkan ibu bapanya. Mereka sudah dididik dengan ilmu agama. Cuma mereka yang tidak memilih untuk mengaplikasikannya. Allah. Jauhkan aku dari bencana seperti ini.

Friday, March 11, 2011

ini namanya ujian.

Tulisan karangan seorang sahabat mengetuk minda separa sedar setelah lama aku terpaku di hadapan komputer riba sebesar buku nota ini.

"Tya, ada kawan yang syak saya join group ajaran sesat!
Ya Allah.
Saya betul-betul tak kuat dengan tuduhan yang berat ni."

Allahu Rabbi. Berikan kekuatan agar aku dapat membantu dia sebaik yang mungkin. Aku tahu, aku juga bukan insan sempurna yang mampu menepis setiap kegusaran di hatinya. Tapi aku ada Allah. Jadi aku tak perlu risau. Kamu juga, wahai teman. :)

Aku tertuduh.

Aku pernah hadapi suatu kisah yang hampir serupa dengannya. Lebih berat, mereka adalah temanku. Teman bergelak ketawa dan bersama-sama berair mata. Mereka mengesyaki aku berubah kerana seorang lelaki.

Aku akui. Memang lelaki itu yang mengajar kenapa aku perlu berubah, bagaimana perlu berubah, dan sebagainya. Tapi perlukah meletakkan sebab aku berubah itu adalah kerana dia?

...

Aku sendiri penat memikirkan bagaimana mahu meyakinkan mereka. Tapi akhirnya aku tertanya sendiri. Kenapa perlu buat mereka faham? Ah. Bukan pada mereka letaknya imanku. Jadi biar aku begini, kerana aku mahu begini.

Dan aku tertanya lagi. Memang beginikah anggapan seorang muslim kepada muslim yang lain? Memang salahkah kami berubah jika yang menyampaikannya itu seorang manusia bernama lelaki? Atau memang hidayah itu turunnya hanya pada kelas- kelas agama di masjid dan surau? Salahkah Allah menyalurkan hidayah buatku melalui dia? Ya, salahkah?

P/S: Dan buat sahabat di FB tersebut, aku nasihatkan lebih baik peduli tentang iman kita, dari mulut mereka. Andai apa yang anda lakukan masih berlandas syariat Allah, teruskan. Aku doakan. =)

Tuesday, March 8, 2011

zaman riang

Teruja pula membaca blog saudari Siti Mardiah. Bercerita tentang zaman kanak-kanak.

Dahulu, aku sangat nakal dan 'jantan'. Haha.
Hari raya pun taknak pakai tudung. Nak pakai songkok.
Baju kurung pun jarang pakai. Kecuali kalau baju kurung tu sama dengan kakak dan adik aku. Dulu mak aku suka beli baju boria ni. Jadi, selalunya mesti bergaduh sebab semua orang tak tahu yang mana satu dia punya, dan semua orang mengaku tu dia punya.

Paling best kalau dapat balik kampung. Pergh! Tak sah kalau tak tawaf rumah nenek aku tu beberapa kali. Sampai adik aku pun boleh terjatuh dalam tangki najis! Haha. Lepastu semua orang taknak kawan dengan dia.

Hari-hari biasa kalau kami tak ada kerja, kami gegar rumah sedare depan rumah nun. Main boling kelapa kat depan rumah orang. Yang bestnya bukan main boling tu, tapi bila ada bunyi selak tanda orang kat dalam rumah tu nak buka pintu. Semua lari menyorok. Kah3. Thrill gila!

Lepas tu macam biasa lah, main kahwin-kahwin, main masak-masak, AEIOU stop, main polis-polis, main teng-teng. Bila nak main teng-teng je, semua orang serbu bilik nenek aku. Curi bedak batu dia, buat conteng lantai. Lepastu, kena serbu balik dengan nenek aku. Kih3. Rindu pula pada awrah.

Dulu, selalunya lepas habis sekolah, kawan kakak aku suka datang rumah. Tapi aku tak suka. Sebab mereka main barbie. Bosan sungguh hidup mereka.

Tapi ingat tak, dulu ada mainan askar kecil-kecil tu. Sepupu aku selalu kumpul benda tu. Pelik lah bila tengok mereka main. Dah lah kena gerakkan sendiri. Kena buat bunyi sendiri. Haha. Tapi selalu je aku join mereka.

Ahh, dahulu waktu kecil-kecil selalu teringin menjadi dewasa. Tapi bila dah dewasa ni, baru terasa bahawa zaman kanak-kanak lebih seronok. Kurang tanggungjawab. Kan?

Dan, sebenarnya tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Tak percaya? Percayalah.

Monday, March 7, 2011

kutu mati. mati kutu.

Bayangkan.

Anda mempunyai seorang sahabat yang misteri. Suatu hari, dia memberitahu anda suatu rahsia. Wah! Pasti menyeronokkan apabila kita deberitahu suatu rahsia yang orang lain tidak tahu kan? Tapi..

Jangan anda lupa, bahawa dia adalah seorang yang misteri. Bermakna, setiap perbuatannya adalah misteri. Kisah rahsianya sahaja yang mungkin bukan lagi misteri. Tapi, mengapa dia memberitahu anda? Misteri bukan?

Jangan matikan idea terlalu cepat.
Perkara ini sama saja seperti mindset kita. Suatu kajian terhadap mindset telah dilaksanakan oleh beberapa orang saintis psikologi. Tahu apa kajiannya? Kajian Kutu.

Pada asasnya, seekor kutu boleh melompat lebih tinggi dari 30cm. Para saintis kemudiannya meletakkan seekor kutu ke dalam sebuah kotak, yang tingginya hanya lebih kurang 20cm dan di tutup. Di dalam kotak tersebut, kutu melompat, tapi tidak dapat mencecah 30cm kerana terbatas oleh kotak tersebut. Kemudian, kotak tersebut dibuka kembali. Dan akhirnya kutu tersebut tidak mampu lagi untuk melompat setinggi 30cm. Kesimpulan para saintis mendapati bahawa kutu telah meletakkan mindsetnya bahawa dia sudah tidak boleh melompat tinggi lagi.

Lihat, betapa besar kesan mindset kita.

*aku tgh serabut esok nak test. jujurnya, aku rasa post ni macam takde kaitan dengan kisah asal. ahh. biarkan. cuma, doakan aku. :)

Thursday, March 3, 2011

ada apa dengan budak math?

budak math pemalas.

mudak math dah tak perlu untuk tidur dengan buku Mader yang tebal. atau tampal nota di atas meja study, dinding sebelah katil, mahupun depan pintu almari (kalau ada pun, sikit je) haha. rumus- rumus formulae tu pun kalau faham cukup lah. buat apa nak hafal kalau tak faham? kan?

selain tak payah hafal, budak math adalah golongan yang paling suka short form, manusia yang paling gemar simbol serupa manusia zaman batu. tak percaya? tengok lah buku matematik kalian dari darjah satu sampai tingkatan lima. anda tulis 'tambah' atau '+'? haa. kantoi kan? anda juga pemalas. kan? haha.

dua hari lepas, aku discover satu lagi simbol baru.

maknanya because of

serupa je dengan ni..


membawa erti therefore

simple kan budak math. kami ni bukan apa. tak suka bazir kertas, bazir dakwat. membazir itu amalan syaitan tau!

budak math sangat bijak.
di sebalik sifat pemalas, kami sebenarnya mempunyai suatu kemahiran yang sangat menakjubkan. seriously kalah kalkulator. tak percaya? cuba selesaikan ni.. kalau rasa-rasa kalkulator tu terbaik, cubalah tanya dia..


dah tanya dah? kalkulator cakap apa? 0 kan? kan? wahhh! menakjubkan lah jawapan kalian. seriously, ini soalan tingkatan 3. siapa dapat 0, sila persoalkan A anda untuk mathematics dalam PMR dulu.

meh kita buat tutorial sikit..

jangan buat muka beruk terkejut terkejut beruk. aku tak suka. budak math girang selalu. takde tensyen-tensyen. percayalah.



Tuesday, March 1, 2011

basi

beberapa kali mad gelakkan aku. sebab aku tak ada pengalaman dalam bercinta berpasangan. banyak kali sebenarnya.

"biasa lah tu. mana pernah orang bosan kalau dah dengan boipren."

"semua orang yang kapel buat macam tu."

"tu lah kau. sape suruh tak kapel. kan dah tak tau."

grr. tensyen aku dengar semua-semua ni. serius aku tak tahu, kalau berpasangan KENA buat macam tu. *mujurlah aku tak berpasangan*

mujur juga mad dah insaf. baru lah dia terbuka untuk bercerita kisah hitam zaman bercinta. cuba kalau dia masih bercinta. mahu dia cerita yang laki tu sengal? yang laki tu gatal? yang laki tu taste perempuan bandar? yang laki tu waktu dating tak pergi solat? yang...?

ce fikir satu situasi lain.

anda ada anak adik. adik anda tak pernah naik roller coaster. dan selalunya, bila lalu dekat fun fair, dia akan teruja tengok kanak- kanak lain main roller coaster. setiap kali dia pergi fun fair, anda cuma izinkan dia main marry-go-round saja.

jadi, bila lagi sekali anda pergi panpe fun fair, anda rasa mainan yang mana akan membuatkan dia lebih teruja, lebih gembira, dan lebih menghargainya? tentunya roller coaster. sebab apa? sebab dia tak pernah main roller coaster. sebab selama ni nafsu dia untuk bermain roller coaster tertahan.

macam tu juga couple-couple ni. kalau sekarang dah siap pegang-pegang tangan, anda rasa lepas kahwin nanti akan wujud kah perasaan kasih dan sayang bila anda pegang tangan lagi sekali? mustahil. sebab dah basi.

tapi cuba kalau selama ni anda cuma melihat pasangan halal bersentuhan dan berkasih sayang. pasti akan wujud satu keinginan untuk berbuat demikian. setelah dapat, pasti kita akan lebih teruja, lebih gembira, dan lebih menghargainya kan? sebab selama ni kita tak pernah dapat. sebab selama ni nafsu kita tertahan.

nafsu siapa yang boleh tahan weh. dosa mengalir keluar seperti air selama kita berpimpinan tangan dengan suami. pahala ibadah berganda bagi mereka yang berkahwin. fuh. siapa tak mahu?

nak lagi info. baca sini dan sini. terasa nak kahwin pulak buat post begini. keh3.

sadid sigaraga