Dahulu, ketika aku di bangku sekolah rendah, aku punyai seorang teman. Menjadi wakil sekolah dalam pertandingan nasyid membuatkan dia sangat suka bergendang di dalam bas sekolah. Dan kebetulan rumah kami memang dekat, jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik sekolah memang banyak dihabiskan untuk berkongsi cerita.
Kami sangat akrab. Bapanya orang 'masjid'. Berjubah putih, berjanggut panjang dan sentiasa ada di belakang imam. Ibunya jarang sekali kulihat. Cuma sesekali, apabila ibuku datang ke rumahnya, baru aku terlihat ibunya. Berpurdah. Adik beradiknya ramai. Dan semuanya berkopiah dan berjubah.
Latar belakang keluarga dan didikan ibu dan ayahnya meyakinkan aku bahawa mungkin dia akan menjadi anak yang soleh. Hampir 5 tahun terputus hubungan, baru-baru ini seorang sahabat memberikan link facebooknya. Aku sangat teruja ingin mengetahui perkembangan sahabat ini. Sahabat lama. Dan ini yang aku jumpa.
Aku pun tak pasti apa sudah jadi dengannya. Cuma ibuku hanya dapat berkata
"Kesian mak dia. Macam ni dia balas kat mak dia?"
Sekali pandang, kita akan terfikir, 'macam ni ke mak dia ajar dia?' atau 'teruknya mak dia. anak pun dah jadi macam ni'.
Allah. Bukan salah ibu mengandung. Kalau dia masih kecil, ya mungkin kita boleh salahkan ibunya. Tapi, kalau umur pun dah tua, sibuk-sibuk mahu mencari kebebasan, dan sebagainya. Jangan pernah anda salahkan ibu bapanya. Mereka sudah dididik dengan ilmu agama. Cuma mereka yang tidak memilih untuk mengaplikasikannya. Allah. Jauhkan aku dari bencana seperti ini.
4 comments:
Iman tak dapat diwarisi.
Dari seorang ayah yang betaqwa.
Ia tak dapat dijual beli.
Ia tiada di tepian pantai.
Walau apa pun caranya jua.
Engkau mendaki gunung yang tinggi.
Engkau merentas lautan api.
Namun tak dapat jua dimiliki.
Jika tidak kembali pada Allah.
Iman adalah mutiara.
betul. jujurnya selama ni kalau aku nak taw laki tu baik ke x, tengok mak dia. sekarang dah x lagi. mak baik, belum tentu anak baik. kan?
Nak tengok muka isteri kita bila dah tua, tengoklah muka mak dia.
Kah kah kah!
kah3.
muka aku ngan muka mak aku lain lah!
ishk. tapi aku nnti dah tua nak muka mcm dia.
redup yang membuahkan rindu. ishk. :')
Post a Comment