>

Friday, March 11, 2011

ini namanya ujian.

Tulisan karangan seorang sahabat mengetuk minda separa sedar setelah lama aku terpaku di hadapan komputer riba sebesar buku nota ini.

"Tya, ada kawan yang syak saya join group ajaran sesat!
Ya Allah.
Saya betul-betul tak kuat dengan tuduhan yang berat ni."

Allahu Rabbi. Berikan kekuatan agar aku dapat membantu dia sebaik yang mungkin. Aku tahu, aku juga bukan insan sempurna yang mampu menepis setiap kegusaran di hatinya. Tapi aku ada Allah. Jadi aku tak perlu risau. Kamu juga, wahai teman. :)

Aku tertuduh.

Aku pernah hadapi suatu kisah yang hampir serupa dengannya. Lebih berat, mereka adalah temanku. Teman bergelak ketawa dan bersama-sama berair mata. Mereka mengesyaki aku berubah kerana seorang lelaki.

Aku akui. Memang lelaki itu yang mengajar kenapa aku perlu berubah, bagaimana perlu berubah, dan sebagainya. Tapi perlukah meletakkan sebab aku berubah itu adalah kerana dia?

...

Aku sendiri penat memikirkan bagaimana mahu meyakinkan mereka. Tapi akhirnya aku tertanya sendiri. Kenapa perlu buat mereka faham? Ah. Bukan pada mereka letaknya imanku. Jadi biar aku begini, kerana aku mahu begini.

Dan aku tertanya lagi. Memang beginikah anggapan seorang muslim kepada muslim yang lain? Memang salahkah kami berubah jika yang menyampaikannya itu seorang manusia bernama lelaki? Atau memang hidayah itu turunnya hanya pada kelas- kelas agama di masjid dan surau? Salahkah Allah menyalurkan hidayah buatku melalui dia? Ya, salahkah?

P/S: Dan buat sahabat di FB tersebut, aku nasihatkan lebih baik peduli tentang iman kita, dari mulut mereka. Andai apa yang anda lakukan masih berlandas syariat Allah, teruskan. Aku doakan. =)

6 comments:

Anonymous said...

aiyok~ *hujan-hujan*

thanks tya, saya tahu saya ada ALLAH, saya ada awak dan shbt2 yang bnyk membantu.biar saya hilang beribu kwn, asalkan saya ada shbt dunia akhirat.

Ujian dari ALLAH xkan penah berhenti selagi kita hidup kan,tya?Tp saya yakin bahawa ujian yg diberi oleh ALLAH, x kan pernah melampaui batas kemampuan kita.

Alhamdulillah apa yang berlaku pun menjadikan saya lebih dekat dengan DIA. DIA nak menguji keyakinan saya kepadaNYA.

Ya ALLAH, terima kasih kerana anugerahkan aku tya dan shbt2 yang lain. Sesunggguhnya mereka lah kurniaanMU yang sentiasa ada untuk aku dan sentiasa mengingatkan aku tentang MU.Sesungguhnya kami bertemu keranaMU. moga berpisah jua keranaMU..amin amin amin ya Rabb

Semoga nnt kalo saya diberikan ujian smpai jatuh terbaring sekali pun, i know i have you, tya and others to pull my hands and help me to stand up straight again.

isk..isk *TERHARU* thanks tau!

(eh, ter'emo' lebih ckit huhu)

~PENCHENTA~ said...

;)

no worries. InsyaAllah, semuanya cuma ujian. Bila ada ujian, baru kita dapat merasa nikmat iman. Kan?

Bijen M. said...

Erm.
Aku kena tuduh dengan femili aku, ape cite?
Ha ha ha.
Tapi sekarang mereka dah faham.

~PENCHENTA~ said...

Wah. Famili aku pun hampir bercakap perkara yang sama. Cuma takdelah kata aku sesat. Hmm. Macam2 menjadi pertikaian. :(

Anonymous said...

okeh, i think i should be ready la kot dgn family punya respond nnt..you guys punya story make me feel a bit nervous somehow.
sbb xpenah balik rumah lg stakat neh.
just having couple of conversation with mom over the phone.

ya ALLAH kuatkan aku..

~PENCHENTA~ said...

no worries. insyaAllah mereka faham. =)

mmber saya, mak dia selalu cakap.
"mak teringin nak tengok kamu pakai baju labuh tu. mak dulu atok kau tak ajar pun pasal ni semua. kau dah beruntung dah tahu."

tacing sangat mak dia tu. :')
mak dia selalu belikan dia baju besar2. dia tak suka. sebab dia orangnya macam lidi je. bila pakai baju tu, tentulah nmpk besar kan.

tapi bila dia cerita macam tu, saya cemburu sebenarnya, sebab mak dia best. (mak saya pun best) haha.

tapi tu lah, Allah tak beri apa yang kita mahu. Allah beri apa yang kita perlu.

ada hikmah semua ni, insyaAllah. ;)

sadid sigaraga