>

Monday, March 7, 2011

kutu mati. mati kutu.

Bayangkan.

Anda mempunyai seorang sahabat yang misteri. Suatu hari, dia memberitahu anda suatu rahsia. Wah! Pasti menyeronokkan apabila kita deberitahu suatu rahsia yang orang lain tidak tahu kan? Tapi..

Jangan anda lupa, bahawa dia adalah seorang yang misteri. Bermakna, setiap perbuatannya adalah misteri. Kisah rahsianya sahaja yang mungkin bukan lagi misteri. Tapi, mengapa dia memberitahu anda? Misteri bukan?

Jangan matikan idea terlalu cepat.
Perkara ini sama saja seperti mindset kita. Suatu kajian terhadap mindset telah dilaksanakan oleh beberapa orang saintis psikologi. Tahu apa kajiannya? Kajian Kutu.

Pada asasnya, seekor kutu boleh melompat lebih tinggi dari 30cm. Para saintis kemudiannya meletakkan seekor kutu ke dalam sebuah kotak, yang tingginya hanya lebih kurang 20cm dan di tutup. Di dalam kotak tersebut, kutu melompat, tapi tidak dapat mencecah 30cm kerana terbatas oleh kotak tersebut. Kemudian, kotak tersebut dibuka kembali. Dan akhirnya kutu tersebut tidak mampu lagi untuk melompat setinggi 30cm. Kesimpulan para saintis mendapati bahawa kutu telah meletakkan mindsetnya bahawa dia sudah tidak boleh melompat tinggi lagi.

Lihat, betapa besar kesan mindset kita.

*aku tgh serabut esok nak test. jujurnya, aku rasa post ni macam takde kaitan dengan kisah asal. ahh. biarkan. cuma, doakan aku. :)

6 comments:

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum,
Wahh..tu diaa...kluar kajian siap
betul lah tu,selalunya,kita akn dapat apa y kita fikir,tapi perasaan juga kena kuat...

mard bg contoh yea...
kita mesti selalu cakap begini
"Mard nak suami yang soleh"
atau
"Mard nak dekan lagi sem ni"

tapi kita jgn cakap begini
"Mard xnak suami yang lewat solat"
atau
"Mard xnak pointer 2. something"

kesimpulannya,saudari Tahieyah,kita mest selalu sebuat apa yang kita nak,bukan yang kita xnk,sbb ianya satu doa
sekian sahaja(",)maaf ambil space banyak ye..hihi

~PENCHENTA~ said...

yes. mindset kita mesti positive. tak boleh ada 'tak', 'jangan', 'bukan'.

tahu kenapa?
sebab once kita buat mindset mcm tu, means negative words tu dah lalu dlm fikiran kita. and, the first thing that comes in our mind lah yg akan membentuk mindset kita.

=)

ukhti,mardhiah said...

(",)
aiwah soheh jiddan....
dah macam profesor Tahieyah..
hihihi

~PENCHENTA~ said...

ishk. jangan lah mcm tu. saya masih lemah.

=(

roses said...

tak aci.ntah2 kutu tu tak diberi mkn.T___T

akak pon nk jd cik anon yg penuh misteri^^

~PENCHENTA~ said...

haha. kajian tak semestinya tepat. kajian hari ni mungkin salah bila orang lain buat tahun depan.

=P

sadid sigaraga