Anda tahu saya pernah delete ramai orang dari facebook saya? Ya. Mungkin nampak kejam. Mungkin nampak sombong. Tapi anda ada cadangan yang lebih baik untuk menjauhkan fitnah selain delete mereka? Ahh. Kalau anda ada, saya tak ada. Anda kuat. Ya. Saya lemah.
"Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita"(HR Buhkari dan Muslim)
Pertama kali aku dengar hadis ni, mahu menangis rasanya. Allah. Banyaknya ujian sebagai wanita. Dugaan untuk tidak menjadi fitnah.
Manusia mana yang mampu berfikiran positif setiap kali membaca post seorang wanita disulam emoticon smile dan jenaka-jenaka manja? Manusia mana? Tak dinafikan, mungkin ada selain saya.
Situasinya sama sahaja seperti dua insan berlainan jantina berborak. Disertai dengan ketawa halus si wanita. Dan gelak-gelak si jejaka. Pasti ada yang akan memandang pelik. Walaupun mereka tiada hubungan. Walaupun mereka bukan berdua. Walaupun mereka hanya di ALAM MAYA.
Jadi, apa guna status- status berkisar islamic yang anda tulis? Apa guna nasihat di laman sosial yang anda post? Kalau insan lain pun berbisik 'Ahh, dia pun sama macam aku'.
Ya, pada dasarnya memang kita boleh guna kata orang tua- tua,
"mulut tempayan pun susah nak tutup. Inikan pula mulut orang."
Tapi, tak boleh kah kalau kita wujudkan suatu kepercayaan manusia lain terhadap kita? Tak boleh kah kita memberi teladan yang baik?
Aku juga terasa. Mari jadi lebih baik. :)
5 comments:
owh,masyaAllah...kadang2 nasihat separa kasar macam ni perlu untuk manusia dengan iman umat akhir zaman nih..
jazakillah
mari jadi baik!!! ^^
ibnu mutalib: sebenarnya peringatan ni buat diri sendiri. Saya coretkan supaya saya akan lebih terkesan bila saya sendiri yang buat salah tu.
moga2 bermanfaat untuk semua. :)
Menusuk hati: Yes. Tapi kalau kita dah tahu itu salah, why not kita berubah kan? :)
Ruzanna: Moh3. :) Rindu kamu lah. :|
Haa.
Kan aku dah kata.
Sembang dengan kau memang sampai ke Subuh.
Aku harus belajar mengawal komen.
Okebai!
Ya. Sebab tu keluarnya post ini. T__T
Post a Comment