>

Tuesday, April 19, 2011

brooch sanggul?

Belum habis lagi rupanya musim melahirkan anak unta. Kalau dahulu ada anak tudung bonggol unta sanggul macam ni:

dan ini


Sekarang sudah mula wujud aksesori untuk sanggul ini. Contohnya:


~delete~

Pui! Siap ada loceng gua cakap sama lu! Allah. Allah. Allah. 
Memang dahsyat deme ni nak pesongkan kita. Yang kita ni pun dok ikut pasaipa? Kalau setakat dapat berhias kat dunia, kat akhirat nanti kulit pun takdak nak pakai foundation buat apa. Deme tak percaya ke ada syurga kat akirat nanti? Ishk. Ce sabo sikit je lagi. 

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu LAKNATLAH mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
 Hadith riwayat Ahmad, jil. 2, ms. 223.


16 comments:

asy_syakirin said...

hmm...dah dekat nak sampai penghujung dah nih...adehh...ntah sempat ke tak aku nak kawen nih??? (HAHAHA) <--- ini tak fikir umat nih, pentingkan diri nih! istighfar3...

komen sebenar:
benar tuan blog..sungguh menyeramkan...hmmm~

menusuk hati said...

sblm mereka kena laknat,jom kita sama2 doakan mereka agar dpt hidayat utk jadi org yg lebih baik..jom!

~PENCHENTA~ said...

Haha. Betul tu. Bila lah nak dapat sempurna separuh agama ni. :P

Seram kan? Ishk. :|

~PENCHENTA~ said...

menusuk hati: Jom! Semoga mereka dan kita diberi hidayat. Allah. Allah. Allah.

Ibnu Mutalib said...

as-syakirin,
sempat lagi,jom la ceepat3 (HAHAHA) <-- ini fikir ddiri sendiri

tahieyah : yep, senang cerita pakai all-black sudaa

~PENCHENTA~ said...

Haha. Tuu dia kak. Ada orang dah ajak kawin dah tu. Haha. :P

Betul! I've fall in love in that uniform. :)

Afida Anuar said...

Lepas satu..satu ..jarum tuk menyesatkan umat islam ni..

naruto pun salah satu gak kan?errr..

~PENCHENTA~ said...

Itulah, kak afida. Eh. Naruto? Macam mana? Tak pernah dgr pula.

butik NOIR said...

assalamualaikum
terimakasih atas blog ini
untuk pengetahuan anda semua..sy yg punya design brooch sanggul itu...sy mengakui sy seorang yg kurang pengetahuan dan sebaik2nya..anda semua yg lebih berpengetahuan agama menegur secara face to face dgn perkataan yg baik...rasanya teguran begitulah yg di suruh oleh islam (maafkan sy sekiranya saya salah)

untuk pengetahuan anda semua sy telah memberhentikan penjualan brooch ini atas teguran hamba Allah yg menegur secara lemah lembut..dimulakan dgn salam..diakhiri dgn maaf..
org sebegini yg kita cari untuk memperbaiki org2 yg jahil spt sy ini..
terimakasih kepada yg mendoakan hidayah kepada saya...AMIN..mudah2an ada rezeki saya di tempat yg lain

sekian t.q

nice blog anyway

fuad ansari said...

Entri yang baik untuk diambil ikhtibar.. Mengingatkan saya bahawasanya saya telah berada di akhir zaman..

JazakAllahu Khoiron Kathiro..

Butik NOIR:
Barang mungkin penulis blog ingin mengingatkan diri sendiri.. (tidak sangka pula empunya design brooch sanggul datang melawat)

Saya kalau menulis blog, saya tujukan kepada diri sendiri.. Sebagai peringatan diri di masa akan datang..Terkadang2 saya memerlukan kata-kata yang tegas(sedikit tamparan diperlukan agar diri kembali sedar kerana sudah mabuk dengan keindahan dunia) bilamana kata2 yang lembut tidak dapat memberi kesan kepada diri sendiri.. Mohon maaf atas salah dan silap..

Moga Allah swt membalas kebaikan saudari dengan balasan syurgaNya..

p/s:maaf kak tahieyah, dah macam blog saya pulak.. peace no war.. (",)

Ibnu Mutalib said...

adik tahieyah le abg fuad,
bukan akak tahieyah.
butik noir,
jika saya tuan blog,mungkin itu juga jwpn saya

butik NOIR said...

assalam

kadang2 saya memerlukan kata-kata yang tegas(sedikit tamparan diperlukan agar diri kembali sedar kerana sudah mabuk dengan keindahan dunia) bilamana kata2 yang lembut tidak dapat memberi kesan kepada diri sendiri..<==== malangnya tak pernah pun tegur..nak cuba kenal pun tak pernah...nasib baik ada kawan yg tegur..n kalau penulis ni menegur sy dulu..InsyaAllah sy akan terima dgn terbuka...

bukan nak melenting atau apa...


‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Imam Al-Syafii berkata, "Orang yang menegurmu secara sembunyi2, bererti ia jujur menasihatimu. Tetapi orang yang menegurmu secara terang-terangan, bererti ia menghinamu."


anda sekalian lebih arif tentang agama,,sy pun hanya copy paste sahaja

nobody's perfect..tetapi perbuatan,percakapan,penulisan seseorang menggambarkan sifat peribadi seseorang...sesungguhnya saya melakukan kesilapan..tetapi sy bersedia untuk membetulkan kesilapan saya...semoga kita menjadi muslim yg lebih baik drpd sebelumnya..

t.kasih

Ibnu Mutalib said...

jap cik tahieyah,
demo meme tuju ko dio ko?

~PENCHENTA~ said...

Astaghfirullah hal aziim. Tak sangka pula perkara ni menjadi seberat ni.

Tuan Fuad: Ya, memang setiap bait kata di sini adalah teguran buat diri sendiri. Allah. Kan dah cakap, saya memang perlu guru kesantunan.

Tuan Izmer: Idok le ke dia. Tapi mungkin sebab bahasa terlalu kasar. Ishk. Semua orang dah terasa. Allah. Ajar aku Allah. Allah.

~PENCHENTA~ said...

Alhamdulillah semua dah settle. :)

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

sadid sigaraga