>

Sunday, April 3, 2011

testimoni facebook

Ini adalah persediaan-persedian yang anda perlu lakukan sebelum deactivate facebook yang anda sayangi.

1. Make sure anda sudah sign up formspring dan application lain yang menggunakan akaun facebook anda kepada suatu akaun yang tetap.
Aku sendiri dah kena tipu dengan fb. Terpaksa buat formspring baru. Aku dah cakap, Mark ni memang dah sayang sangat kat aku. Taknak lepas. Mujur iman aku kuat. Tinggal dia nak merisik je. Huh!

2. Buat list perkara-perkara yang anda WAJIB buat sebelum reactivate fb tu.
Contohnya khatam quran 15 kali lagi, dapat bangun tahajjud 15 hari berturut-turut ke (ini susah sikit bagi wanita. Tak pe, memang itu tujuannya pun. Haha), tak pun tolak pinangan 15 orang jejaka ke. Haha. Sekurang-kurangnya anda akan memperbaiki diri supaya jejaka-jejaka tersebut datang meminang kan?

3. Kalau boleh, jangan deactivate fb waktu anda sedang teruja berhubung dengan seseorang.
Contohnya, anda baru add Rosyam Nur, Mahir Zain, atau Siti Nurheliza. Sebab, waktu itu pasti nafsu untuk menulis di wallnya, atau membalas comment mereka sedang membuak-buak.

4. Cuba cari satu point keburukan fb. Banyak pun lagi bagus.
Kalau aku, aku tak suka tengok link 'this girl attempt to suicide after her father view her wall..', 'pls checkout this video. u have to watch this...', '________ like this video..' etc. Semuanya sedang menyebarkan virus kotor melalui manusia gelojoh. Maaf. Agak kasar. Cuma buat sesiapa yang masih mempunyai fb, jangan mudah tertipu dengan alam maya. Semuanya mungkin boleh kekal sebagai maya. Jadi anda perlu bijak pilih yang mana boleh direalitikan. =)

5. Cari hobi lain kalau-kalau anda terpaksa online sewaktu membuat assignment.
Karoke contohnya. Antara lagu yang best adalah







p/s: Aku selalu kalau dah sakit tekak, tukar lagu 2 by 2. Lagu Mawarku. Atau Iitik Gembo-gembo. Atau paling best Pak Pung. :P

6 comments:

menusuk hati said...

xpayah deactivate pun....barulah mujahadah sikit.haha

~PENCHENTA~ said...

Haha. Iman saya tak cukup kuat nak bertahan kut. :(

Ibnu Mutalib said...

lawak l;a.haha
selamat berjaya!!!

~PENCHENTA~ said...

haha. tenkiu2. :)

roses said...

akak pon karoke swaktu membuat assgnment.
selain menambah vocab yg baru ketika menyanyi malah membetulkan sebutan bahasa inggeris saya.

kool kan hobby karoke sewaktu mbuat esemen?

~PENCHENTA~ said...

woah! itu pun lagi cool! tapi saya tak suka lagu inggeris. sebab tu vocab n grammar saya teruk. :(

sadid sigaraga