>

Wednesday, April 6, 2011

tak kenal maka...

Habis mengaji dengan si ayah, anak perempuan berumur 5 tahun itu menapak mendekati aku. Si adik masih duduk bersama ayahnya. Masih belajar qiraati. Baju merah jambunya diambil dan dilipat, membantu aku. Tiba- tiba satu soalan terpacul dari mulut genitnya.


"Ummi, macam mana ummi boleh kahwin dengan Waleed?"

Oh. Budak- budak zaman sekarang ni maju betul fikirannya.

"Kenapa Afaf tanya?"

"Sebab Afaf nak suami macam Waleed jugak. Baik. Pandai masak. Pandai ajar kitorang baca Quran. Pandai ajar kitorang buat kerja rumah.."

Aku tergelak sendiri sebelum menjawab soalan pertama anak ini.

"Ummi tak kenal pun. Nenek kamu yang tengokkan."

"Eh. Ummi kata jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal. Macam mana Ummi pulak boleh kahwin dengan orang yang tak kenal?"

"Aaa..."

Susah juga soalan ni. Ishk.

REWIND

"Saya datang bawa hajat. Nak meminang anak mak cik."

Waktu itu dia datang berdua, dengan pak ciknya. Aku pun belum pasti dari mana dia tahu alamat rumah ini. Atau mungkin dia tersalah rumah.

"Anak mak cik yang mana? Mak cik ada 7 anak perempuan."

Soalan menguji dari ibuku. Aku memasang telinga. Mahu mendengar nama apa yang bakal dia sebut. Nama penuh atau nama panggilan. Segalanya membawa erti yang berbeza.

"Afeefa. Saya tak silap rumah kan mak cik?"

Sempat pula dia menduga. Ishk.

"Nanti mak cik tanya tuan badannya."

Ibu cepat-cepat ke dapur mendapatkan aku. Segalanya ditanya. Siapa lelaki tersebut. Kenal dari mana. Budak mana. Agamanya bagaimana. Belajar atau masih kerja.

Tapi aku katakan memang aku tak pernah kenal dengannya. Aku juga tak pasti dari mana dia mengenaliku.

Kata putus buat masa itu, aku katakan kepada ibu. Bagi masa seminggu nak fikir-fikir. Sementara itu, ayahku di masih melakukan proses taaruf dengan lelaki tersebut.

Setelah mereka pulang, ayahku menyampaikan dengan jujur.

"Budak tu nampak baik. Beradab. Janggut pun panjang. InsyaAllah elok. Istikharah lah dulu."

Jawapan kepada istikharah itulah yang membawa aku ke masa ini. Yang membawa kepada kebahagiaan di dunia, dan insyaAllah juga kebahagiaan di akhirat.

SOALAN SI ANAK

Aku terfikir lagi, apa agaknya jawapan terbaik untuk anak ini?

"Ummi tak kenal, tapi Allah yang kenalkan. Ummi yakin pada Allah, maka Allah berikan apa yang terbaik."


12 comments:

menusuk hati said...

mantap sungguh itu jawapan!hehe...

~PENCHENTA~ said...

Keh3. Tak dapat beat jawapan pak cik lah. Yang dapat tawan hati seorang wanita kan. Kah3. :)

نور توفيقا said...

Assalam.
Tya..
Kena electric shock akak baca ni..
Been thinking the answer of "Allah pilihkan"..

:')

K2r~90 said...

MasyAllah guwa berfikir seketika =)


der suke header blog ni =)

Ibnu Mutalib said...

erjkkkk,haha
dah dekat dah tu!
tak sabar nak wat reunion bloggers sambil mkn nasi hujan panas,hehe

~PENCHENTA~ said...

kak pqa: fikir lagi. fikir lagi. :)
situlah gunanya istikharah kan?

K2r~90(takde nickname alphanumerical yang lagi panjang ke? hehh): header tu buat pakai paint je. T___T" jangan sebut2 lagi. malu aku. heheh.

izmer( aka ibnu mutalib): gigih aku gugel nama sebenar hang. haha. buat reunion kat rumah aku ka? hangpa kena sponsor sikit lah gitu. haha. tapi, aku ingat nak bagi senior2 mcm hang ni lepas dulu lah. :P

Afida Anuar said...

Ohh 'ini' rupanya Tahieyah Abd Rahim... hari tu singgah tak tinggal jejak kat shout out box;)..

~PENCHENTA~ said...

:|

kenapa kak? kenapa? apa salah saya? keh3.

nice knowing u kak. ;)

Afida Anuar said...

Tak salah apa2 pun..cuma hari tu, ada nampak Penchenta follow akak. Tapi akak nak follow balik tak dapat pasai takde link... last2 terbongkar juga Penchenta dan Tahieyah Abdul Rahim itu adalah orang yang sama. he he..

nice knowing u too dik;)

~PENCHENTA~ said...

Heheh. Jadi, mana pula kenal Tahieyah Abdul Rahim? :)

Ibnu Mutalib said...

haaaa, nak gugel nama aku payah kan?
tapi tahieyah abdul rahium adalah nama yang lebih femes dari "Penchenta".

keep it up bro,haha

~PENCHENTA~ said...

erk. apeni apeni? tak faham. taknak faham. haha.

aku rasa kat blog ni takde pun aku tulis nama. ishk. :|

sadid sigaraga