Ya, mungkin di saat hati sedang penuh berbunga cinta, keampunan sangat murah nilainya.
Cukup dibayar dengan senyuman manja si dia.
Atau mungkin sakit hati mula terasa bilamana si dia mungkiri janjitemu kerana insan lain.
Ah, usah berdusta. Saat itu, kita bisa cemburu dengan siapa sahaja yang berkaitan dengannya, termasuk ibunya.
Tapi pernah kita sedar, bagaimana pula keadaan bila kita mungkiri sebuah pertemuan dengan Allah? Tuhan yang mewujudkan kita. Yang mewujudkan si dia. Yang mewujudkan ibu kita.
Tapi si Dia lebih banyak kasih sayangnya. KeampunNya melebihi seluruh alam. Tapi, jangan kerana si Dia terlalu Pengasih dan Penyayang, kita lupakan dia. Kita letakkan cinta kita kepada hamba, melebihi si Dia.
Jangan sampai si Dia cemburu. Dia memilikimu lebih dari kekasih-hambamu.
2 comments:
Ya Allah...Kau pelihara aku dari rasa suka dan cinta...-perempuan kecil yang kurang segala...
Amiin. Amiin. Amiin ya Allah. Semoga kami kekal di dalam cintaMu.
Memang kita serba kekurangan. Sebab tu kita kena sentiasa bergantung pada Nya. Kerana Dia Maha Sempurna. :)
Post a Comment