>

Thursday, December 30, 2010

ceritera cita.

aku bukan salah taip tajuk oke. kah kah kah.

semalam lepak- lepak dgn roomate dan ex-roomate(huhu) masing- masing cerita pasal course. semuanya bernada bangga (keh keh keh). aku pun terfikir jugak, kenapa aku memilih dan terpilih untuk mendapat kursus bacelor sains (kepujian) major matematik neh. ishk. nama dahlah panjang. susah lah aku nak mem'poyo' sekarang. haha.

sambung balik.. aku fikir2, waktu sekolah rendah dulu, bukan cita-citaku untuk bekerja dalam bidang matematik ni. even masuk sekolah menengah pun, aku masih tak tertarik dengan style cikgu math, mahupun add math. haha. masuk asasi, en. md nooh masih tak dapat membuka mataku. (semakin tutup aku rasa, anda pun faham maksudnya) haha. waktu dr. md yusof? haha. terbuka lah sikit mata aku tentang matematik ni. mudah je sebenarnya. tapi tu lah, mata je yg terbuka, hati masih kosong. ceit. haha. tapi kan orang tua2 dah cakap, dari mata turun ke hati. haha. tu yg melekat tuh. aisehh! haha.

neway, emmmmm. doakan lah aku berjaya dalam course ini. jadi seorang pelajar yang berdedikasi. *wahh*

p/s: cuak2 nak masuk kelas pertama nih. aishh.

Monday, December 20, 2010

adik kakak


semalam bushra terjun dari sofa bersama patung turtle yg dikepit di ketiaknya.

ya, inilah patung malang tu. haha.

dia terjun dan kemudian menguak2. ummi pelik.
"hoi, apa kejadah ni?" ummi tanya.
"aku nak belajar selamatkan thohir kalau dia lemas" bushra jawab.
"thohir lemas?" ummi pelik. sebab cerita ni x de sorang pun tahu.

kemudian barulah bushra buka cerita. rupa-rupanya sewaktu mereka ke kolam renang bersama mak cik dan mok su, thohir lemas dan tak siapa pun sedar. kata bushra, dia terdengar bunyi 'blup, bluup' dan melihat thohir sudah tiada tangga seperti sebelumnya. jadi bushra menyelam untuk melihat kalau-kalau thohir sedang bermain di dalam air bersama orang lain. terkejutnya, dia terlihat thohir terkapai-kapai di dalam air, dan tidak timbul lagi. tanpa berfikir panjang, dia berenang menyelamatkan thohir.

semalam juga bushra menyampaikan hasratnya kepada ummi untuk pergi belajar berenang. katanya, waktu itu thohir berat sangat. kalau dia pandai berenang, senang sikit. :)

ahh, dalam kekerasan kata-kata dan perilakunya ada juga kelembutan yang tersimpan. tahniah, adik! :)

seronoknya melihat adik-adik membesar dengan baik. tahniah ummi dan waleed!

Monday, November 22, 2010

oh anak muda! ;)

eh3.. ada photography contest! tenkiu qinaira ulfa atas information itu! ;)


ni gambar adik aku, waktu kat desaru. ni waktu dekat2 nak senja. kenapa aku boleh menang? haha, aku paling x reti nak jawab soalan mcm ni.. hmm. sebab susah nak dpt pic yang awan well distributed mcm tu kot. haha. eh x lah. kalau tgk gmbr ni betul2, ianya tentang keghairahan seorang anak kecil. tapi warnanya x begitu ghairah kan? jadi, mungkin boleh jadi keghairahan anak muda yang semakin pudar. haha... kalau ambil waktu lebih senja lebih bagus.. ;) warna akan lebih naik. ;)


hoi budak gemuk!

post ini bukanlah untuk mengimbau kenangan dimaki budak2 zaman sekolah dulu. *uhh.
post ini khas buat budak kecik bernama Muhammad. moga aklhakmu akan seindah namamu, adik.
ohh, ini bukan adik baru, pasti bukan walaupun dia comel seakan2 aku.. haha

nilah budak gemok neh. aishh. pipi mcm shin chan.

oh ye, ckp pasal shin chan, haritu adik aku ada tanya "shin chan tu anak jackie chan ke?" hahahaha. jawab, jawab, jawab.

ni lohh budak yg paling tinggi IQ nehh.. :p
sebagai hadiah hari jadi hari tu, aku bagi dia GIGI BARU! haha
tuuu dia! haha

p/s: aku doakan kalian menjadi muslimin terbaek! insyaAllah... :)

Friday, November 19, 2010

cuti oh cuti...

aku benci buat post mcm ni, tp disebabkan aku yakin ada org suka baca program aku waktu cuti ni kann, jadi aku penuhilah keinginan dia tu... *dia mmg hacker terbaekkK!

selain makan, makan, makan, makan, dan melilau (bilangan aktiviti berdasarkan ratio), adelah jugak aku jejakkan kaki ke dapur. nak harapkan adik dan kakak, TAKKAN LAH! :P
ape yg aku masak? ehh, banyak... nasi goreng, nasi goreng, nasi goreng, dan briyani (ni juga berdasarkan ratio) haha.. briyani tu pun aku TERmasak sebab ummi teringin nak makan. :)
kesudahannya, LICIN periuk! haha. bukan sinki makan, orang yang makan. ya, orang. x percaya kan? haha. berbaloilah dengan sesi memasak yang renyah tuh, ohh!

dan yg paling best, aku dah jumpa hobi baru... jeng3...

haha.... mengait! mcm perempuan kann? haha... owh. baru teringat, semua benda yg aku buat menjurus kpd keperempuanan. ouh!

Thursday, November 11, 2010

kasihnya ayah


sejujurnya, aku lahir dalam keadaan yang kucar-kacir. ya, kucar-kacir. aku lahir di kampung cuma, di kampung ayahku, tanah tumpah darahnya. waktu itu deepavali. si ayah ini terpaksa berkejaran ke merata tempat bersama motor kapcainya demi kelahiran aku, kerana semua bidan sedang bercuti. aku tertanya sendiri, apa balasanku atas kegigihannya ini? bermain2 dan lalai dalam didikan atau sebuah syurga pada masa akan datang? oh. aku harus buat keputusan. demi kasihnya ayah.

waktu kecil dahulu, satu soalan yang sering kita tanyakan padanya seawal dia muncul di muka pintu adalah
ada beli mainan tak?
si ayah ini tak mahu anaknya merasa kesusahan dalam hidup sepertinya dahulu, pasti akan berusaha menunaikan kemahuan anak ini. hutang dengan rakan sepejabat entah bagaimana timbunannya. kita tak tahu. ya, kita tak tahu. yang kita tahu cuma mainan yang diidamkan sampai ke tangan.

tiap kali pergi ke kedai pasti telefon mainan yang pelbagai bunyi itu menjadi desakan kepada si ayah. walaupun di rumah sudah ada 5 buah, itu jugalah yang kita minta. mungkin ketika di kedai, ia kelihatan lebih menarik dari timbunan permainan di dalam bakul di bawah meja. tapi hati ayah takkan mahu melihat anaknya kecewa. tiap kali itulah juga hasrat anaknya dimakbulkannya. tapi kita tak tahu, wang yang kita guna itu sebe
narnya wang yang ayah simpan untuk makanan seisi rumah. dan kita tak tahu bagaimana ayah berusaha mencari wang lain untuk menampung semula segala kekurangan. ya, kita tak tahu.

tika remaja, ayah hantar ke sekolah. biar sekolah itu jauh, asal anaknya ini berpendidikan. biar habis duit hari ini, asal dapat menjamin masa hadapan. kereta proton usang itu masih dalam ingatan. ayah beli dari seorang jiran. beberapa kali kereta terhenti di tengah jalan, bukti tangki minyak sudah kosong. terpaksa pula ayah menapak ke stesen minyak. aku dan kakak disuruh tinggal di dalam kereta. saat itu sebenarnya ayah memang tiada duit. fikirlah, takkan dia sengaja biarkan tangki tidak diisi. kita tak tahu, ayah pinjam wang dari penghuni rumah berdekatan untuk membeli minyak. ya, kita tak tahu.

bila dewasa, ayah mula berjauhan demi mata pencarian. per
it getirnya menapak di negara orang tanpa kenalan pasti memeritkan. ditambah dengan wang di kocek hanya cukup untuk dua hari di bumi yang tinggi kos hidupnya. sampai di sana, kita di sini risau kerana tiada panggilan darinya. mungkinkah ayah sedang seronok menikmati keindahan tempat baru atau adakah dia sedang kesempitan hingga tak mampu untuk membuat panggilan? tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. telefonnya tertinggal di dalam teksi sewaktu menuju ke hotel. orang yang dijanjikan datang menjemputnya tidak pun kelihatan sebenarnya ketika dia tiba di sana. kita tak tahu pun bagaimana susah yang dirasa. ya, kita tak tahu.

tapi sekarang aku sudah tahu. bahawa dia sangat sayangkan aku. aku juga sayangkannya...



gambar keluarga sewaktu melawatnya di sana pada Aidilfitri 1430H

dia bersama si kecil


ohh,,, sape ni? haha


malam raya masih merayau.... haha
pagi raya, jamuan sunat sebelum solat sunat aidilfitri...
hari raya pertama: membeli-belah.. *pelik nyaa* haha

hari raya kedua: masih bersiar2.. haha
gambar yang di tangkap oleh akak 'malaysia' hehehh



*p/s ahad ni dia akan pulang, nak cadangkan hadiah ape nak bg x? ;)

Monday, September 13, 2010

lima hari aku menjaga adik bongsuku. persoalan dan pertanyaan hati membuihkan kerisauan di lubuknya. aduh. khabar hanya kudengar dari ayahku, namun tetap tidak puas.

'doktor dah buang darah beku, nk tunggu ummi sedar, kalau belum ok, kena operate sekali lagi' ini khabar pertama yang ku terima setelah sekian lama aku nanti....

tengkorak ummi pecah. lagi sikit nak kena otak. tapi dah operate' aduh. hati mengeluh lagi. risau.

'ummi dah sedar. alhamdulillah tak ada apa-apa' khabarnya pada hari kedua ibuku di ICU. aku menitiskan air mata saat itu juga. tak terbendung lagi kesyukuran pada yang Maha Esa.

'mata kanan ummi dah tak nampak' tidak lama selepas itu, ini pula khabar yang kuterima. pedih. bartambah bayangan buruk di dalam fikiranku ini.

tapi, aku harus tabah. seorang demi seorang adikku aku jumpa di wad yang berlainan untuk menyampaikan berita itu. mereka menangis. terlalu pilu. air mata terpaksa aku tahan, tak mahu mereka lemah lagi.

esoknya, seorang demi seorang adikku dibenarkan pulang. yang terakhir keluar, adik bongsuku. personalitinya berubah sama sekali. tiada lagi gelak tawa dan gurauan manja. berubah menjadi pendiam. sepatah kutanya, sepatah yang dijawab. mungkin dia mengalami kejutan.

saat dia dibenarkan keluar hospital, kami adik beradik pergi melawat ummi pula. detik yang kutunggu.

aku memberi laluan kepada adik-adikku pergi melihat ibu dahulu memandangkan hanya 2 orang dibenarkan melawat pada satu-satu masa. setiap yang keluar pasti dengan air mata. aduh. aku bertambah risau. kini giliranku.

waleed menunjukkan katil ummi. aku lihat susuk yang berada di atas katil itu. tidak berambut. tembam. lebam sini sana. tiada langsung iras ibuku. air mata yang kutahan jatuh juga akhirnya. namun cepat-cepat kuseka, tidak mahu ada yang terlihat. aku cuba beriak tenang. namun dia tetap tahu hati aku pilu.. ya! dia memang ibuku!

pabila tiba sang malam, ibu tidak tidur lena. dia meminta tubuhnya dialih agar lebih selesa. namun, tidak banyak yang boleh kubantu kerana dia tidak boleh banyak bergerak. kedua-dua kakinya patah.

melihat aku terlena di atas kerusi, dia mengejutkanku. menyuruhku mengalihkan kakinya sedikit. katanya' "tolak sikit badan ummi, tak muat nanti kau nak tidur". aduh ibu, hatimu sungguh mulia. kenapa aku juga yang kau fikirkan?

suatu malam, ibu lapar. dia meminta air panas kerana perutnya sudah masuk angin. tapi waktu itu tiada air panas untuk kubancuh. yang ada cuma mesin air di lobi hospital. kaki mahu melangkah, namun kau tegah. katanya, kalau takut jangan pergi. aduh. sekali lagi kau dahulukan aku.. aku bertegas juga pergi. mujur tiada apa yang terjadi.

(...)

Friday, August 20, 2010

...sahabat sejati...

lamunan hati membawa aku ke lurah pemikiran,
dalam.

bertanya,
bagaimana si lalat boleh mengesan kebusukan,
mengharapkan aku punya kuasa itu,
agar dapat kukesan busuknya hati itu.

bertanya lagi,
bagaimana si semut boleh mengesan kemanisan,
juga mengharapkan aku punya kuasa itu,
agar dapat ku kesan manisnya kata-kata yang menipu itu.

tapi aku cuma manusia,
yang hanya bergantung pada naluri hati.
ya, kasihan si hati.
pasti penat dalam menilai mereka.

maaf hati, mungkin engkau perlu untuk bersusah dahulu untuk bertemu dengan sahabat sejati.

Monday, August 2, 2010

...aku mahu kamu...

aku suka santun bahasamu,
bait-bait kata tersusun indah.
sangat indah.

aku suka lirik matamu,
bukan mata penggoda,
pemilik sementara hadiah dari-Nya.

aku suka cintamu,
bukan untuk aku,
tapi buat dia Yang Satu.

aku suka cara kamu,
berhikmah di setiap cara,
bererti di setiap kata.

aku suka andai aku milikimu,
bukan untuk berbangga-bangga,
tapi cukup untuk marasa,
setitis kasih dari manusia.

Friday, July 30, 2010

...sekian...

aku semakin realistik dalam menjalani hari-hari yang tinggal untukku bernafas.
ya! tidak pernah ada satu dalil pun yang mengatakan dia akan kita miliki sampai bila-bila.
sedangkan diri ini juga hanya pinjaman, maka apa yang bakal aku peroleh juga hanya pinjaman.
dan pinjaman itu ingin aku jadikannya sangat bererti, agar pelaburanku di akhirat kelak lumayan.

situasinya sama sahaja dengan wang pinjaman.
wajib untuk digunakan dengan baik agar pulangannya berbaloi.

tapi, banyak perkara yang aku terlepas pandang.
ahh, aku tak mampu menulis lagi.

Thursday, July 29, 2010

maaatilaaa~

bila ilmu hanya sandaran, bukan pedoman...
alkisah....


seorang pesakit akan menjalani sebuah pembedahan kerana penyakitnya yang kritikal.
PESAKIT: saya ada berapa peratus peluang untuk hidup selepas pembedahan ini doktor?
DOKTOR: 100 peratus!
PESAKIT: bolehkah begitu?
DOKTOR: ya! kerana dalam sebuah jurnal ada mengatakan hanya 1/10 orang yang menjalani pembedahan ini akan hidup. saya sudah membedah 9 orang, dan kesemuanya mati. anda orang yang kesepuluh. jadi, anda pasti hidup!


p/s: maaatilaaa! -dr. mat-

...dia manusia mulia, aku insan hina...

dia manusia mulia,
dan aku hanya insan hina.

dia bukan lahir dari keluarga bangsawan,
untuk aku angkat menjadi insan mulia,
juga, dia bukan si rupawan untuk memenangi hati ini.

tapi,
dia sang perwira dalam medannya,
dia hamba dalam ibadatnya,
dan dia istimewa buatku.

kerana dia juga,
kerap aku mengucapkan syukur kerana dikurniakan insan seindah dia.
kerap aku menangis dek pengorbanannya.

pernah suatu saat,
aku takut untuk mencintai manusia lain,
aku menolak kehadiran manusia lain dalam hati ini,
kerana aku mahu dia menjadi cinta manusia teragung dalam diri ini.

Monday, July 26, 2010

Tuesday, July 20, 2010

...cukup...

aku merenung sang bayu,
sepi.

aku menanti bisikan rembulan,
kosong.

tapi aku tahu,
kau tetap di sini,
di hati.

andai esok aku tidak di sini lagi,
aku harap sang bayu akan terus berhembus sepi,
dan sang rembulan akan bersinar kosong.

kerana bagi diri ini,
cukup aku milikimu..

Sunday, July 11, 2010

...ANAK MUDA...

walaupun penat, aku tetap menggigihkan diri untuk menulis,,, kisah seorang anak muda,,

aku terjumpa dia semalam, sewaktu menghantar ayahanda pulang ke sana.. aku terdengar sayup-sayup suara anak muda itu. 'Kak Yah...'

aku pandang, agak tertarik dengan getaran suara itu. tubuhnya yang kecil berbalut dengan sehelai baju panas berhud. agak KACAK.

di gelogsor itu, dia dan si Kak Yah sedang bergelak ketawa..

'Kak Yah,, hati-hati. Gelongsor ini sangat licin kamu tahu!'
dia bersuara. berbahasa baku. aku terkejut. malah tambah tertarik untuk memerhatikannya.

'Kak Yah, lihatlah aksi saya! lihat lah aksi saya yang hebat ini!' katanya sambil turun dari gelongsor dalam keadaan berdiri. dalam hati aku tergelak.

di sudut hati ini juga ada perasaan bangga melihat anak muda seusia adik bongsuku itu. dia istimewa antara berjuta yang lainnya..

Tuesday, June 29, 2010

Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam & Hari Ini


Buku ini merupakan sebahagian daripada program amal WJSB Resources... 'Sedarkah Kamu Wahai Manusia Antara Semalam & Hari Ini' menghimpunkan pesanan dari Hadis dan Al-Quran buat umat akhir zaman...

Mari, aku bawakan kalian menyusuri buku ini.

Bab 15: Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, 'ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama golongan penguasa yang mempunyai cemeti- cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayunkan-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul dikepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya'.-HR MUSLIM

Bab 24: Orang Yang Memegang Agama Seperti Memegang Bara Api.

Daripada Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,'akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api'.
-> yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang mengamalkan ajaran agamanya akan terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Itulah yang dimaksudkan dengan bara api. -HR TIRMIZI

Bab 41: Ekonomi Meningkat, orang Perempuan Bekerja, Kemudahan Alat Tulis.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda,'sesungguhnya apabila kiamat sudah hampir tiba, orang hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja, perniagaan akan bertambah maju sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, banyak orang yang memutuskan silaturrahim, orang yang suka menyembunyikan penyaksian yang benar, dan akan banyak kemudahan alat tulis'. -HR AHMAD


semoga aku diberikan hidayah.....amiiiin..

Tuesday, June 22, 2010

...meriah...

melepaskan hari-hari lelahku, hari ini baru dapat aku bercerita..
kelmarin rumah ini sangat meriah.. sejak pagi semua orang kecoh, dari dapur hinggalah ke pagar depan.. aduhh... yang penatnya sebab nak melayan tetamu je... haishh...



kakak akuh bertunang,,, yeayy... dengan sape??



ni haa,,, incik faihy...
hmm,,, jangan tanya aku bila pulakk okayy~ ;)

Sunday, June 13, 2010

...selamat jalan...

result semester 2 dah keluar. sejujurnya aku kecewa. haihh..
tambah kecewa melihat ibuku tidak pun gembira.. haruslah. kerana keputusanku tidak pun kuduga, apa lagi nak mencapai par. aduh! aku mengeluh lagi.

dahh, xyah debat-debat tu lagi!


pedihnya dengar kata-kata mak aku nihh.. haisyy.. lagi keluhan.. tak tahu nak cakap apa lagi.. tapi mungkin inilah 'booster' yang aku perlukan. jadi,, SELAMAT TINGGAL KAMU.. :'(

Wednesday, May 26, 2010

...hospital ghaib...

tidak jauh dari bandar, ada sebuah hospital yang berfungsi sama seperti hospital kerajaan mahupun swasta yang lain.. bezanya, kalian tidak akan dapat melihat apa-apa dari segi fizikal kecuali beberapa buah katil dan seorang ustaz untuk berkomunikasi..

dengar-dengarnya, banyak sudah pembedahan dilakukan.. dari penyakit yang dianggap ringan seperti batu karang, hinggalah masalah jantung... menariknya, setiap pembedahan tidak akan melukakan kulit apatah lagi ingin meninggalkan parut..

kelmarin, jiran depan rumahku baru ditimpa penyakit batu karang.. saat beliau sedang terlalu sakit, beliau meghubungi ustaz tersebut untuk meminta bantuan. menurut beliau, disebabkan tidak larat untuk ke 'hospital' tersebut, ustaz menghantar pertolongan melalui angin, dengan meminta beliau berbaring selama 10 minit.....dan sihat!

cerita lain pula yang kudengar dari jiran lain, dia membawa anaknya berubat.. kata ustaz itu, anaknya kekurangan darah dan mungkin darah yang paling sesuai untuk kanak-kanak itu ialah darah ibunya.. dan ustaz melihat ibu kanak-kanak tersebut, lantas berkata "ibunya pun kurang darah juga.. nanti saya masukkan 2 bag..." maka si ibu dan si anak pun baring di katil, dan darah dimasukkan.. tapi kalian takkan nampak apa-apa melainkan si ibu dan si anak yang terbaring.. tiada bag darah, tiada jarum, tiada mesin, tiada semua! cukup 10 minit, proses menambah darah selesai.. menurut jiranku, waktu itu memang terasa darah dimasukkan, kebas dan sebagainya, tapi kita tak nampak..

dan anak kepada jiranku itu pula sebenarnya boleh melihat 'benda halus'.. maka apabila ditanya, dia katakan sebenarnya ramai di 'hospital' itu.. dan mereka sangat pantas.. banyak mesin-mesin perubatan seperti di hospital..

dan aku masih mencari kepastian.....

Saturday, May 22, 2010

...terima kasih...

cerminan medan kehidupan:
perlu ada perpisahan untuk wujudnya sebuah pertemuan,
perlu ada pengorbanan demi sebuah keamanan,
juga, perlu ada kegagalan untuk bangkit mencapai kejayaan...

jujurnya, aku sedikit kecewa..
bukan kecewa dengan mereka, tapi kecewa dengan diri..
perjuangan yang aku anggap boleh diteruskan rupa-rupanya gagal di pertengahan..

aku tahu,
semangat yang disuntik oleh teman-teman adalah untuk memotivasikan diri ini.
namun dalam tidak sedar, ia seolah menjanjikan sesuatu..
hingga memberi harapan palsu..

tapi aku tidak akan menyalahkan mereka..
kerana aku tahu, silapnya yang sebenar datang dari diri ini..
yang tidak tahu menilai dan perbaiki diri..

apa-apa pun, terima kasih buat teman,
insyaAllah, kegagalan ini akan ku ingat sampai bila-bila agar sentiasa menjadi pedoman...

Sunday, May 9, 2010

...UNTUKMU...

sekarang, aku kembali menjadi pekerja di rumah sendiri, dengan rela... [huhuhh]
aku baru pulang dari kem yang memenatkan..
habis sahaja kem, aku terus diberi gaji.. digitnya mungkin tidak besar tapi bermakna...

separuh dari duit itu aku gunakan buat ibuku..
aku belikan sebiji kek buatnya... aku tahu dia suka.. aku juga suka melihat dia suka..

andai kata gajiku semakin meningkat nanti, insyaAllah, aku akan belikan sesuatu yang lebih bermakna.. sabar ya ibuku.. ;)

AKU SAYANG KAMU!

Monday, May 3, 2010

...permainan bahasa oleh pewaris bangsa...

bunyi tajuk post kali ini mungkin terlalu dahsyat. aku sebenarnya hanya ingin bercerita tentang adikku, yang pastinya seorang pewaris bangsa. dan mainan bahasa di awal pembelajarannya dalam mengenal dunia.

"ummi, aku hage"

semua orang terkejut.

"hage?" aku tanya. "apa tu?"

"aku nak minum air" jawab budak kecil itu.

ohh... rupa-rupanya dia dahaga! dia ingat 'dah' itu mewakili sudah, maka kata akarnya adalah 'haga'.... haha... bijak juga budak ni menganalisis perkataan.. aduhai adikku..

dan otaknya masih terus berkembang hari demi hari dengan pelajaran baru. suka aku melihat perkembangannya. indahnya manusia... indah lagi Sang Pencipta... aduhh... aku rindu Kamu...

Sunday, April 25, 2010

...hari baru...

melewati hari-hari yang penuh dengan ujian...
ya, itulah hari peperiksaan akhir...
peperiksaannya memang dua hari sekali, namun percambahan ujiannya begitu banyak...
setiap saat pasti ada ujian yang harus kutempuh... dari pembebasan diri dari rantaian syaitan di pagi hari hingga bersengkang mata saat malaikat melabuhkan sayapnya...

tapi hari ini, aku dapat mengecapi nikmat sebuah kemerdekaan meskipun masih dalam lingkungan jajahan...

makan bersama di KFC mungkin biasa sahaja bunyinya. tapi hari ini lain.

buat pertama kali, aku dilantik menjadi guru memandu... seronok, boleh marah anak murid.jah menjadi kompas penunjuk jalan, dan upa menjadi meter kesopanan di jalan raya.. haha..

kau fail!


aku terpaksa jujur fiza.. haha.. konklusi aktiviti hari ini, matlamat dicapai, kesopanan berada pada tahap 'boleh la.', dan KAU FAIL!


p/s: buat yas dan ika, aku menanti utk bernate dgn kalian pula! ;)

Tuesday, March 30, 2010

...kehilangan...

hari ini aku banyak cakap. sangat banyak. hingga ditegur oleh seorang teman.
"sejak dua minggu yg lepas kau sangat pasif. kenapa hari ni kau gelak2?"
baru aku tersedar. 'ye ke?' hati ini berbisik.

terimbau seketika ke tarikh 14 mac 2010. saat pemergian nenekku dari bumi yang fana ini.
sejujurnya, aku tidak pernah merasa kehilangan. inilah kali pertama.
di awalnya, aku tidak merasa apa-apa. malahan, aku juga sebenarnya tidak merasa kehilangan.
mungkin kerana aku sudah bersedia, di saat dia sedang kesakitan, aku bina kekuatan untuk menerima apa sahaja berita kemudiannya.

namun, lain pula yang kurasa.
keadaan ini mengingatkan aku tentang kematian.
saat itu, aku rasakan sebenarnya kematian itu sangat dekat dengan kita.
mungkin kerana nenekku sakit tidak lama, dan kemudian terus pergi tinggalkan kami.
akal ini kemudiannya mengaitkan pula insiden itu dengan keadaan di sekitarku.

apabila aku terkenang ibu yang jauh dari pandangan mata, aku takut.
detik terkenang pula ayah yang tiada khabar berita, aku gerun.
mungkin itu yang menyebabkan aku pasif dua minggu itu.
aku terlalu takut kehilangan. sedangkan itulah lumrah kehidupan.
ya Allah, kuatkanlah imanku. agar aku dapat menerima segala ketentuan-Mu.. amiin..

Saturday, March 27, 2010

...manusia...

aku semakin rindu...
tapi cuba untuk aku neutralkan segalanya..
menikmati setiap detik sambil menghayatinya.
indah.
memang indah.
hidup memang indah.
cuma manusia yang kerap kali tidak memahaminya.
mungkin aku manusia itu.

Tuesday, March 23, 2010

...

aku memang rasa kosong tatkala ini..
hingga tiba-tiba aku berkata jujur dengan ibuku..
"bosanlah duduk kolej tu..."
ibuku tak berkata apa..
cuma tiba-tiba adik aku menyahut...
"habis tu, best ke duduk rumah ni?"

aku terdiam.
mungkin benar,
bukan tempat yang menentukan persekitarannya,
tapi kita yang menetapkan persekitaran itu...
trimas adek! ;)
kekosongan hati ini kerap kali aku isi dengan lamunan,
imbauan seketika ke masa lampau.

terkadang aku rindu saat-saat kami bersama,
walaupun saat itu dilihat oleh orang lain tidak seindah kini.
mungkin kerana waktu dahulu kami tidak semewah ini fizikalnya,
namun batin kami cukup kaya.
aku gembira.

waktu itu rumah ini sesak dengan hilaian kegembiraan.
waktu itu semua orang ada.

sekarang rumah ini semakin kosong..
aku semakin sunyi..
aku rindu kalian..
bila agaknya saat itu akan kembali?

bila berjauhan, aku menjadi lebih sunyi..
tempat ini sering bertandang dalam mimpi-mimpiku.
...aku rindu saat-saat dahulu...

Thursday, March 18, 2010

...indahnya waktu itu...

kesibukan hidup di kampus aku tinggalkan sebentar,
ketenangan di desa sedikit mengubat kesakitan ini...

dalam perjalanan,
alunan dari corong radio mungkin tidak cukup tarikannya,
sehingga adik2 aku sibuk mencipta 'siaran' sendiri....

sebuah kisah mereka perdengarkan kepadaku,
berlaku awal pagi tadi. tentang adik perempuanku yang paling kecil itu.

dia memang peteh berbicara. mulutnya umpama bertih jagung. banyak ngomelannya.
aku suka melihat gelagatnya. tapi kadang2 menyakitkan hati juga kata2nya.
sewaktu bertolak pulang dari kedah, anak muda yang baru mencuba bertudung itu disarungkan tudung oleh kakak-kakaknya. dilipat dan dikemaskan elok2.

tapi akhirnya si kecil itu melipat semula tudungnya mengikut keselesaannya. dari atas sampai ke bawah dagu. ala-ala makcik2 gitu. kakak-kakaknya yang lain malas mahu menegur. memang itu kebiasaannya. dia akan mengubah lipatan tersebut dengan alasan "aku rimas!".

dalam kereta, kakaknya mahu mengikatkan hujung tudungnya yang terlalu panjang. tapi ditolak oleh si kecil itu. katanya, "aku tak nak! macam makcik2!". terdiam kakaknya. pulak! "yang lipat tudung mcm makcik tu x pe pulak?"

zaman kanak-kanak memang menarik. zaman percambahan idea. waktu tu, macam-macam alasan boleh difikirkan. dan waktu tu juga, ada doktor-doktor yang bermain barbie serta menjadi askar. sungguh seronok waktu itu.....

Monday, March 1, 2010

...akhirnya...

lama sudah tidak menulis....
sebenarnya banyak yang ingin diperkata,
tapi aku tidak tahu di mana harus bermula...
hmmm...
aku malas untuk bersajak...

mungkin is harus bermula dari sini...
.....tatkala aku sedang mencari jalan agar sentiasa dekat dengan-Nya,
manusia itu muncul,
dalam gembira, aku merana..
bukan kerana jiwa tersiksa,
tapi kerana iman menjadi taruhan...
aku kesal, sungguh!
kerana baru saat ini baru sedar..
24 jam bagi hari- hari yang lalu terbazir hanya untuknya...

Alhamdulillah, memang Dia Maha Mendengar.
semalam aku tersedar.
pasti, inilah hidayahnya..

mengenang insan yang sangat istimewa di samping-Nya,
aku tertanya.
andai aku hidup pada waktu dahulu,
mungkinkah aku bisa menjadi pengikutnya yang setia?
bersyukurlah aku, kerana hidup dalam rahmat-Nya,
diberi Islam sebagai agamaku.
namun, sejauh mana aku menghargai pemberian-Nya ini?

bertalu soalan datang,
hanya titisan linangan sebagai jawapan.

Friday, February 19, 2010

...AKU TAKUT...

aku benci kau.
aku sayang dia.

siapa sebenarnya yang rasa sayang dan benci ini?
hati.

siapa yang berkuasa atas tingkah sang hati?
pemilik mutlak perasaan dalam diri,
pernah juga terdetik,
bagaimana tafsiran sang hati ini?
sungguh, aku ingin tahu..

lantaran aku tak mahu terus-terusan membenci,
juga tak mahu terlalu suka.

kerana takut benci itu membuahkan hati yang hitam,
dan suka itu mendorong syirik.

manusia kerap lalai,
dalam melalui hidup kurniaan-Nya,
nama manusia itu pula yang menjadi zikir..
aku takut......

Thursday, February 18, 2010

.:nota hati:.

pernah sang pencinta berkata,
manusia bila jatuh cinta,
kalau hidup dalam gudang roti pun akan lapar,
bila cintanya tak dibalas.

memang.
lapar bukan sebab tidak makan,
tapi banyak makan,
makan hati.


Friday, February 12, 2010

...A CREED TO LIVE BY...

don't undermine your worth by comparing yourself with others;
it is because we are different that each of us is special.

don't set your goals by what other people says important;
only you know what's best for you.

don't let your life slip through your fingers by living in the past;
by living your life one day at a time, you'll live all the days of your life.

don't give up when you still have something to give;
nothing is really over, until the moment you stop trying.

don't be afraid to encounter risks;
it's by taking chances that we learn how to be brave.

Thursday, February 11, 2010

...memori si ikan emas...

memori usang dari manusia itu tak mungkin berlalu,
untuk melupakannya, sungguh aku tak mampu,
tapi, aku juga tidak mahu dibelenggu selalu,
andai kau tahu.

Ya Allah,
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
betapa aku tidak mahu dia menandingiMu,
sememangnya dia tidak layak.

tapi aku rasakan aku semakin lemah dalam berjuang dengan perasaan,
hatiku semakin membeku.

ya Allah,
andai memoriku harus menjadi memori si ikan emas,
aku rela sekiranya itu mampu untuk membuat aku dekat denganMu.
biarlah memori itu bartahan 3 saat cuma,
dan lebihan usiaku hanya untukMu....

Saturday, February 6, 2010

...di hati...

terkadang, aku rasakan yang aku pun tidak mengenali diri ini...
terasa asing dari jasad sendiri..

lalu aku bertanya pada hati,
siapa aku pada realiti?

aku tanya juga pada naluri,
benarkah jawapan hati?

ternyata, hati dan naluri tidak selari,
takut pula mendengar jawapan dari sang nafsu nanti,
jawapan sebenar tidak ku temui..

lantaran, aku tanya pula pada akal yang menanti,
lama pula masa yang perlu untuk meneliti.

semakin tidak memahami diri ini...

saat ini baru aku sedari,
mengapa ini terjadi,
kerana engkau masih di hati.

astaghfirullah hal azim.....

sadid sigaraga