>

Saturday, June 23, 2012

Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen?

Sebelum apa- apa, aku nak cakap awal-awal, ni bukan lah post macam aweks-aweks Yuni atau Hani Tajimi suka sebut. Baca sampai habis dulu lah ye. Peace yaw! :P

*******

Sebagai seorang perempuan, aku dah faham sangat kes-kes 'aweks-disekat-kebebasan'. Yelah, orang lelaki katanya boleh pakai cantik-cantik, hensem-hensem, kita ni perempuan TAK ADIL lah kalau nak kena pakai warna orang tua, tak ceria, oh kamon, this is our life, we have to put some colors on it! Ewah!

Maka keluarlah fesyen-fesyen yang macam parti harijadi kanak-kanak. Atas merah, tengah biru, bawah hijau. Dan mata pakwe sebelah sana terjuling sekejap, maka mereka perasan 'Oh! Mereka suka lihat aku begini!'

Dan part paling hebat, bila keluar kata-kata 'Hey, kami muslimah berfesyen. Muslimah moden.'

Stop. Mari betulkan sama-sama semua ni.
Tapi, jangan buang dulu baju parti harijadi tu. Sebab?

Sebab saya tak kata kamu tak boleh pakai semua tu, cuma betulkan cara, tempat, masa, dan kaedahnya saja. :)

Saya pakai tudung lilit-lilit warna warni sebelum solat. Saya pakai di bahagian dalam telekung. Biasanya, orang dulu-dulu pakai anak tudung 'lusuh-berbau', yang kalau boleh depan pakwe pun taknak tunjuk. Tapi kita ubah, kita pakai cantik-cantik, depan yang Haq.

Saya pakai minyak wangi sebelum solat. Supaya saya seronok bersolat. Supaya saya yakin bila nak 'jumpa' Pakwe saya. Oh ya, tapi kalau solat di luar, jangan buat ya. BAHAYA!

Saya pakai bedak, dan sapu celak sebelum solat. Biar Dia lihat saya lebih indah berbanding yang orang lain lihat.

Jadi? Siapa kata muslimah tak boleh berfesyen? Tak boleh cantik?

***Ini cuma applicable untuk orang bujang saja. huks***

Monday, June 11, 2012

Mengejar Doktor.

Waktu di sekolah dahulu, cita- cita aku mahu menjadi doktor. Doktor apa, aku pun tak tahu. Yang pasti, aku suka bila bergaul dengan kanak-kanak. Dan waktu tu, ada saja orang kata "yang pegang- pegang baby tu bukan kerja doktor. Jadi nurse jelah!" Entah. mungkin waktu tu belum cukup terdedah dengan situasi kerja sebenar. Biarlah.

Tapi, sepanjang meniti liku- liku SPM, memang doktor saja yang ada dalam kepala. Dan bila keputusan keluar, alhamdulillah. Cumanya, sewaktu mengisi borang UPU, hati aku dibolak- balikkan lagi. Aku rasa belum cukup kuat untuk melihat darah, dan berhadapan dengan ujian yang berkisar nyawa manusia. jadi aku ubah pada saat akhir, aku letakkan Asasi Pertanian yang paling atas. Kerana waktu itu, aku fikir paling tidak, aku masih dengan ilmu Biologi. Ya, aku sangat suka pada Biologi. Kerana Puan Noorzehan rasanya, guru komited.

Dan akhirnya aku diterima untuk memasuki Asasi Sains Pertanian, UPM. Tapi entah kenapa, ummi pula yang bertanya tentang program perubatan di Mesir. Aku tahu, dengan duit insyaAllah aku diterima. Tapi,,,, entah. Hingga akhirnya, pasport siap, sijil- sijil semua sudah diterjemah, dengan RM50 setiap keping, borang KPT pun siap diisi. Tapi sebelum borang dihantar, aku mengusulkan kepada ummi, tak perlu lah ini semua. Di UPM pun ada program perubatan. Lama lagi perjalanan kalau ke Mesir. Dan akhirnya, semuanya dibatalkan. Aku masuk ke UPM.

Waktu itu, UPM terkenal dengan program Veterinarnya. Jadi, aku memasang angan- angan, kalau tidak jadi doktor manusia pun, jadi doktor lembu pun okay apa. At least, lembu mati tak seteruk manusia mati. Cetek betul fikiran waktu tu.

Tamat sahaja Asasi, aku isi borang ke Program Ijazah UPM. Paling atas, perubatan. Kerana aku masih mahu merealisasikan impian ibu ayah, jadi aku usahakan juga. Biarpun orang kata CGPA waktu itu hanya atas pagar untuk program perubatan. Di nombor dua, veterinar, impian aku pula. Di tangga ketiga, matematik. Sebelum aku hantar borang tersebut, ada seorang sahabat meminta untuk melihat borang aku. Aku izinkan.

Semua program yang kami minta sama. Cuma susunan sahaja yang lain. Jadi dia mencadangkan aku ubah, mengikut susunan dia, nanti dapat keputusan sama- sama, belajar sama- sama. Oh, waktu tu sangat teruja!

Serta merta aku ubah. Saat keputusan keluar, dia telah dipanggil untuk temuduga program perguruan, dan aku terikat pada matematik. Doktor pergi ke mana, veterinar pergi ke mana. Allahu.

Mungkin saat ini, cuma tinggal gelaran 'Dr' yang mampu aku kejar. Entah.

p/s:
1. Aku masih sedih bila ada kawan- kawan yang melihat sijil SPM aku, dan mengatakan "hei, dengan keputusan macam ni, kau boleh amik course doktor tahu?". Ya, aku tahu. Tapi aku kena lupakan.
2. Adik sekarang sedang dalam proses untuk ke Mesir. Kursus Syariah, insyaAllah. Dan aku masih tacing bila ummi sebut "tak tahu Kerajaan Selangor ada biasiswa pergi Mesir. Kau isi lah borang doktor tu lagi, mana tahu dapat. Tambah lah sikit berapa tahun study..." Allah. Allah.


Monday, May 28, 2012

Tak faham!

1. Berada dalam sebuah seminar 'keusahawanan', semua berpakaian indah, berwarna- warni sini sana. Aku cuma diam, mengharapkan saat aku membuka mata dari kerlipan, aku sudah kembali ke rumah. Tapi hampa. Tiba-tiba seorang Kak Sumayyah (sedapkan namanya?) menegur, 
"Tya, macam mana kalau akak cakap dulu akak pun muslimah macam Tya?"

2. Aku turun dari bilik pensyarah, terlihat kelibat seorang kawan lama yang pernah berada dalam satu kelas dengan aku. Seperti biasa, aku masih berpakaian begini. Sambil ketawa, dia bertanya,
"Woi, bila kau nak gi haji ni?"

Sudahlah, aku sudah penat melayan dunia. Aku harap, bila aku merajuk dengan dunia, dunia akan melayan aku dengan lebih baik. Sobs.

Sunday, May 6, 2012

Kamu

Rasanya dah terlalu lama saya 'berehat' dari menulis. Rindu pun ada, tapi perasaan mendatar lebih banyak rasanya.

Saat ini, mutiara dari langit sedang lincah menujah Bumi.
Dan manusia lain makin seronok dalam dakapan selimut.
Tapi hati sebenarnya sangat rindu pada zat si hujan.
Rindu pada sejuknya.
Rindu pada manisnya.
Rindu pada jernihnya.

Dahulu aku penanti setia pada sang hujan.
Pantang saja dengar dentuman dari sahabatnya,
aku pasti siap menadah nikmat.
Dan titis pertamaya pasti tiba padaku dahulu sebelum sampai ke Bumi.

Tapi usia membataskan semuanya.
Tak mungkin untuk aku membalas rangkulan bayu dingin.
Tak mungkin untuk aku berlari mengejar titis pertama lagi apabila panahan manusia lebih pantas dari titis hujan.

Saya rindu kamu.

Wednesday, April 11, 2012

Please.

Semester ni aku daftar satu subjek Pengucapan Awam. Kelasnya cuma seminggu sekali, tiap malam rabu, jam 8-11 malam. Kebanyakan pelajar di dalam kelas akan berpakaian lebih santai, berseluar slack, seluar track, t-shirt, atau baby tee, disarung sweater sendat. Dan tiap-tiap minggu juga aku cuma berpakaian 'begitu'. Semoga anda faham maksudnya.

Tiba-tiba minggu lepas ada rakan baru menyapa.
"Bila mula berubah?"
Aku rasa dia sudah mula perasan. Setiap minggu aku cuma berpakaian 'begitu' sahaja.
"Awal semester lepas. Harap-harapnya dapat istiqamah"
"Saya dulu pun dah berubah. Hampir-hampir mahu berpurdah. Tapi tak kuat. Banyak perkara yang terasa berat. Saya masih sayang benda-benda tu. Saya masih mahu berpantun, berdebat, dan benda-benda tu akan hadkan batasan saya." Jawapan dia mengejutkan aku sebanarnya.
Cuma perbualan yang berlangsung di dalam kelas tu tak dapat berjalan dengan baik. Terpaksa berhenti saat pensyarah memandang, takut jadi popular tiba-tiba.

Dan hingga ke akhir kelas, rupa-rupanya itulah penamat perbualan kami. Kelas di larut malam takkan merelakan kami berbual panjang. Pantang pensyarah menyatakan 'class dismiss', semuanya berebut mencapai tombol. Ishk.

Aku mahu cakap padanya, betapa pentingnya meletakkan batas. Betapa batas dalam diri lah yang terbaik. Betapa kalau diri sendiri pun kita tak mampu ubah, jangan harap dunia bakal berubah. Please kawan.... :'(

Wednesday, March 21, 2012

Terbaik

Pagi tadi ayah hantar saya ke kelas. Sejujurnya saya bagai terimbau dengan keadaan lebih kurang 4 tahun dahulu. Saat ayah akan selalu bangun awal dan menghantar kami sebelum sinar mentari kelihatan bersama kereta buruknya. Kereta kami waktu itu memang buruk. Sedangkan adik yang baru setahun setengah waktu itu pun beria-ria tidak mahu mengikut kami menaiki kereta. Kerana kereta itu buruk!

Dahulu sebelum turun dari kereta, wajib untuk kami mencium tangan dan pipi ayah. Dan saat pulang, wajib pula untuk kami melemparkan senyuman, untuk melempiaskan kegembiraan untuk dibawa pulang petang itu.

Tapi sekarang semuanya lain.
Aku pandu sendiri ke kelas. Dengan kereta serba baik. Ayah takkan benarkan aku pandu kereta buruk. Aku tahu, ayah takkan.
Sebelum melangkah keluar rumah, aku tidak rajin mencari tangan yang dahulunya hari-hari singgah di bibir. Sungguh aku tidak rajin. Cukup mencium tangan ibu. Dan aku lantas keluar rumah.
Saat aku pulang, sebuah senyuman itu kini aku rasa sangat berat. Bersertakan 'pertempuran' di atas jalan sepanjang perjalanan pulang, sepotong ayat dengan nada tinggi dirasakan lebih 'seronok'.

*******
Maka dalam perjalanan tadi Allah tunjukkan aku dengan seorang lelaki yang membawa anaknya menaiki motor. Si anak lengkap berpakaian tadika. Dan si ayah memakai beg berwarna merah jambu, bergambar watak kartun. Pasti beg itu kepunyaan si anak. Aku ketawa. Kelakar bagi aku.

Dan ayah cuma menjawab "Ayah dia cuma mahu anaknya selesa..."

:')

Allah, ajarkan aku cara menikmati anugerahMu ini sebaiknya.

Wednesday, March 14, 2012

Kawan-kawan!

Entah kenapa, saya sudah kurang ada 'hati' untuk menulis. Huk.

Sedangkan banyak saja benda yang mahu dikongsi.
Aaa.

Apa masalah saya ni? Ishk.

Tuesday, February 28, 2012

Berapa laju?

Kita fikir, kita sudah cukup pandai.
Pandai mengukur kelajuan pada setiap perubahan jarak yang kita lalui.

Tapi kita lupa. Andai kita berada dalam suatu sistem, dan di luar ada sebuah sistem yang lain, kita perlu mengukut pada bingkai rujukan (frame of reference) yang lain.

Contohnya, kita berada dalam sebuah kereta api. *Ini sememangnya suatu contoh yang biasa.
Kita berlari pada kelajuan 5km sejam. Dan kereta api bergerak pada kelajuan 80km sejam.
Untunglah kalau kita dan kereta api bergerak pada arah yang sama. Kerana jumlah kelajuan kita adalah 85km sejam.
Tapi bagaimana kalau kita sebenarnya melawan arah kereta api? Oh!
Kita sebenarnya makin perlahan.
Hasil kelajuan kita dan kereta api cuma tinggal 75km sejam.

Koma.

Jangan lupa, Allah ciptakan dunia ini ada jalan yang perlu kita lalui bersama.
Jalan menuju syurga namanya.

Untunglah buat siapa-siapa yang berjalan searah dengannya.
Semoga kamu laju menuju syurga.

Dan buat siapa-siapa yang rasanya sudah berjalan melawan arah jalan asal kita,
pastikan kita semakin perlahan.
Supaya jumlah perbezaan semakin sedikit.

Dan semoga kita dapat berhenti sebentar.
Sedut udara nyata.
Dan kembali ke jalan menujuNya.

;)

Monday, February 20, 2012

Rokok?

Ada seorang kawan kongsi gambar yang dilukis oleh si anak. Kelakar katanya. Inilah gambarnya.

Kelakar kan?
Kelakar bila ada orang rasa menjadi pembunuh tu kelakar.
Kelakar bila ada orang rasa menginfakkan harta pada rokok tu kelakar.

Ya Allah.

Ayah, tolonglah jadi bertanggungjawab atas apa yang Dia dah amanahkan buat kamu.
Ayah, tolonglah sayang pada benda yang Allah sayang.
Apetu?
Apa yang Allah sayang?
Allah sayang kita!
Jadi sila sayang diri sendiri juga ya.

Wednesday, February 8, 2012

Ebbyt Marcelo. :P


Masuk cepat. Feri dah nak jalan.


Okay cari tempat masing-masing.


*Masing-masing dah besaq. Tak muat dah*


Haa. Telinga pun dah panjang. Dah boleh piat dah. :P


Smile! Oops. Tunjuk muntut pulak. >.< 

Tuesday, February 7, 2012

Keperluan

Dahulu zaman masih ada facebook, aku pernah terfikir,

"Letak gambar dalam facebook bukannya apa pun. Asalkan kita tak letak gambar yang tak tutup aurat, etc kira takpe lah."

Tapi rupanya aku silap. Zaman teknologi sekarang bagaikan tiada sekatan langsung.

Kata sahabat,
"Sedangkan wanita berjilbab pun boleh dibogelkan."

Terbukti lepas aku jumpa ni.


Ya Allah. Takut aku jadinya.

Sekadar buat pesanan. Aku rasa dah ada keperluan untuk wanita benar-benar 'sembunyi'. Kalau tak, takkan lah Rasulullah (Sollu Alaih) boleh kata yang wanita ni sebesar-besar fitnah. :(

Thursday, February 2, 2012

Anak

Okay. Teka ada apa dalam ni?



Jeng jereng!

Baby Renab! 

Cik Renab dah bersalin haritu. Ni dah dekat 2 minggu dah. Telinga je tak panjang-panjang. Kena piat selalu kut. Haha. 7 ekor semua. Suka peluk-peluk. Grr.

Sesi penyusuan.

Ada sekor yang agak terpinggir. Dia lahir dulu. Tapi dia jenis mengalah. Tak mahu berebut susu dengan adik-adik yang lain. Akhirnya dia saja yang kurang membesar. Kurang fluffy. Tapi masih disayangi, insyaAllah. ;) Oh, dan dia saja yang nampak betul-betul macam anak mak ayah. Sebab bulu dia mix warna mak dan ayahnya.

Post ni saja menggedik. Tak mahu geram sorang-sorang. Haha. Cumanya nasib baik aku masih tak berani nak angkat binatang berbulu. Setakat ni cuma mampu usap dan angkat untuk 2 saat. Perlukan training lagi. Haa.

Tuesday, January 31, 2012

Wanita Pemintal

Bersumberkan buku "Imam Hanbali Penegak Kebenaran. Abdul Latip Talib. Terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd."

Wanita ini menceritakan kisahnya kepada Imam Hanbali.

"Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisahku ini. Semoga dirimu dan diriku mendapat keampunan Allah," kemudian dia terdiam.

"Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak mempunyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat, hinggakan kami tidak mempunyai lampu untuk menerangi rumah," sambungnya.

"Bagi menyara hidup kami anak beranak, saya bekerja sebagai pemintal benang. Saya akan memintal pada waktu malam dan akan menjualnya pada siang hari,"sambungnya lagi.

"Di manakah suami kamu?" tanya Imam Hanbali.

"Di antara mereka yang menentang Khalifah Al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak itu, hidup kami melarat," jawab wanita itu.

"Teruskan cerita kamu," pinta Imam Hanbali.

"Disebabkan rumah kami tidak ada lampu, maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya dapat memintal benang," kata wanita itu. Kemudian dia menyambung ceritanya.

"Pada suatu malam, kafilah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Saya mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Pertanyaan saya ialah, apakah wang hasil jualan benang yang saya pintal daripada cahaya lampu milik kafilah itu halal untuk saya gunakan?"

Imam Hanbali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya," Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat umat Islam lali dan kikir terhadap harta mereka?"

" Saya adalah adik perempuan kepada Basyar Al-Hafis yang meninggal dunia," jawab wanita itu dengan kerendahan hatinya.

Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali berasa  sebak lalu menangis tersedu-sedu. Ini disebabkan beliau memang mengenali Basyar Al-Hafis itu, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hanbali pun berkata,

" Sesungguhnya saya sangat takut pada azab Allah. Kerana itu, berilah saya masa bagi menjawab pertanyaan kamu itu. Baliklah ke rumah kamu dahulu dan esok kamu datang ke sini lagi,"

Imam Hanbali memang tidak mahu terburu-buru memberikan jawapan. Tambahan pula sekiranya menyentuh hukum halal dan haram. Pada malam itu, beliau berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Keesokan harinya, wanita muda itu datang lagi bagi mendengar jawapan daripada Imam Hanbali.

"Wahai wanita yang solehah. Sesungguhnya kain penutup muka yang kamu pakai itu lebih mulia daripada serban yang aku pakai. Kami ini tidak layak untuk disamakan dengan orang tua yang telah mendahului kita.  Sesungguhnya kamu seorang perempuan yang berhati luhur, bertakwa dan penuh rasa takut kepada Allah,"

"Wahai tuan Imam Hanbali. Bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?" tanya perempuan muda itu.

" Berkenaan pertanyaan kamu itu, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang daripada hasil jualan benang itu," jawab Imam Hanbali.

Wanita ini berasa sangat susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang itu. Beliau sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapat keizinan. Berita tentang wanita solehah itu akhirnya sampai ke pengetahuan Khalifah Al-Mutawakkil. Beliau sungguh kagum dengan wanita tersebut lalu menberinya wang sebanyak 10 ribu dinar.

Perempuan muda itu menemui Imam Hanbali sekali lagi lalu bertanya tentang wang hadiah khalifah.

" Adakah wang itu halal baginya?"

" Khalifah juga pernah memberika saya wang sebanyak itu. Tetapi saya sedekahkan kepada fakir dan orang miskin yang saya temui di jalan," jawab Imam Hanbali.

Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir dan orang miskin. Dia cuma mengambil sedikit untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.

*****

Kadang-kadang, banyak benda yang kita tak ambil peduli dalam hidup ni. Soal halal dan haramnya, terutama. Kita tak setegas Khalifah Umar dalam pemerintahannya yang sanggup menutup lampu apabila mahu berbincang dengan si anak, kerana wang itu wang kerajaan katanya. Ya Allah.

Entah berapa banyak antara kita yang online dengan menggunakan jaringan kampus, tetapi sekadar berfacebook, berblogging, atau mencari jodoh semata?

Pernah tak terfikir bahawa semua itu halal atau tidak bagi kita. Yang lebih rumit lagi adalah bagi mereka yang bekerja mencari nafkah untuk hidup. Sedangkan dalam pekerjaannya yang berbayar itu terselit waktu tidur, waktu mengumpat dan sebagainya.

Pernah? Pernah?

Sedangkan wanita pemintal ini, soal cahaya pun masih dirisaukan. Yang kita ni, pergi tumpang lampu orang sebelah duk baca buku, duk minum kopi ingat free? Oh. 

Wednesday, January 18, 2012

Syair

Kata Abu Bakar As-Siddiq, seorang pakar dalam ilmu syair,

"Setiap orang sering disambut dengan doa
Pada waktu pagi oleh keluarganya
Padahal maut lebih hampir kepadanya
Daripada tali kasutnya."

Koma.

Pada setiap syair yang berkesan, akan mengingatkan pembaca kepada Tuhannya.
Betapa aku lemah.

"Kamu mahu
Sajak pasal cinta
Kamu tulislah sendiri
Kamu bacalah berulang kali

Hanya kamu yang akan suka
Orang lain tidak akan peduli" -AY

Thursday, January 12, 2012

Maaf, ibu saya cacat, tapi sempurna.

"Ummi tak payah lah pergi sekolah aku, nanti kawan aku gelakkan." -Bushra.

Kata-kata dari kanak-kanak yang tak pernah menipu selalu membuat aku terdiam.
Waktu tu mak aku cuma senyum.
Waktu tu, mak aku masih berkerusi roda.
Kakinya masih tidak kuat menampung badan sendiri, walaupun beratnya jauh berkurangan dari sebelumnya.

Dengan ayah yang masih jauh di sana, dia terpaksa memanggil aku untuk ke tandas tiap kali.
Sesekali, hati aku membentak juga.
Kenapa dia tidak mahu berlampin sahaja. Kan lebih mudah.
Tapi perkara itu pasti akan mengingatkan aku pada peristiwa di hospital dahulu.

Waktu itu, adik aku menggantikan aku menjaga mak, sementara aku pulang ke bilik hotel menunaikan keperluan harian.
Bila aku pulang, adik bisik.
"Tadi ummi kata nak berak", aku faham mak memang kerap berak cair kerana badannya banyak dimasukkan air, malahan makannya juga semua dalam bentuk air.
"Habis, kenapa ummi tak berak?" Aku tanya padanya.
"Ummi kata, Ummi kesian nanti Tahieyah kena basuh"
Waktu tu laju air mata mengalir.

Sesungguhnya, dia takkan mahu menjadi beban kepada aku.
Jadi bagaimana aku boleh merasa terbeban dengannya?

Walaupun dia cuma bermata satu, tapi dia mampu menyediakan banyak ruang pada hatinya. Dan semuanya untuk 9 orang anaknya.

Bila fikir-fikir macamni, aku jadi takut kalau keperluan untuk berkahwin nanti datang bersama kewajipan untuk meninggalkan mereka.
Sedangkan diri ini pun terlalu banyak hutang padanya.

Mohon doa kalian untuk dia :)
Walaupun bermata satu, masih gigih menjahit masa ini. Walaupun benang susah sekali menembusi lubang pada jarum, tapi hatinya tetap tega demi tanggungjawab. Allah. :')

Monday, January 9, 2012

Belajar dari benang.

Dalam satu helaian benang, siapa dapat mengagak di mana kita bakal berhenti?
Dalam setiap simpulan, siapa tahu apa yang bakal terjadi?

*******

Andai aku mati esok,
Sampaikan pada mereka betapa aku sangat cinta,
Juga betapa aku kecewa kerana cita-cita mereka bukan milik kita.

Punyai ibu dan ayah yang berjaya meletakkan cinta aku kepada Allah, adalah nikmatnya yang hebat!



Ilmu dari Allah. Semua Allah boleh ajar, walaupun dengan tunjuk satu benda je kan?

sadid sigaraga